Saturday, 31 December 2016

2017 - azam baru VS igauan baru?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.h,

Sedar atau tidak, tahun 2016, telah melabuhkan tirai sekaligus bakal meninggalkan kita beberapa jam sahaja lagi.

Kalau nak diceritakan admin sepanjang 2016 sememangnya terlalu banyak kenangan manis pahit, suka, duka, mahupun iktibar sampaikan diri sendiri tidak tahu yang mana untuk diluah atau dikongsi 
dalam blog ini. Khususnya dari awal tahu sehingga akhir tahun.



----------------------------------------- Azam baru VS Igauan Baru ----------------------------------------------

 Berbalik kepada topik utama yang admin (saya) utarakan di dalam blog ini. Sebenarnya,
saya sendiri pun tidak menafikan atau menyangkal lagi, bila sebut tahun baru, pasti masing - masing
ada azam baru,termasuk saya sendiri yang azam mereka mungkin membawa ke arah yang lebih memotivasikan diri. Persoalannya adakah azam yang ditanam itu menjadi nyata atau lebih banyak igauan ngeri atau dugaan hidup yag mendatang dek disebabkan kerana azam yang tak tercapai atau tertangguh.

Tak mengapa. dalam hidup ini, berpegang kepada prinsip, setiap apa rancang di dalam hidup, semuanya Allah s.w.t yang tentukan. Contoh macam saya sendiri, Niat asal azam, lepas habis diploma secara sepenuh masa. Nak buat degree, full time (sepenuh masa). Siapa sangka dikira takdir,
dua bulan lepas graduasi diploma kira - kira 2 tahun yang lalu, Saya telah ditawarkan pekerjaan (bekerja sehingga hari ini). selaku pembantu makmal di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia di sebuah sekolah menengah di pedalaman Pahang. Pada hujung tahun tersebut.
Sungguhpun berat hati, namun atas "paksaan" (tersirat) dorongan keluarga yang sangat ingin saya menongkah alam pekerjaan. Saya teruskan. Dan Alhamdulillah, sungguhpun hampir tiga tahun (2017)
saya telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam. Saya masih bertahan dalam karier saya biarpun sejujurnya banyak dugaan dan cabaran  yang saya tempuh (kadangkala) mungkin daripada khilaf saya sendiri. Nak berhenti pun ada. Nampak lucu pada saya, sedih pun ada, kerana mungkin tekanan yang terlalu sangat. Kejutan budaya pun. Serius, kadang kadang mungkin ambil masa nak sesuaikan diri dalam kehidupan semasa. Tak mengapa, itu kenangan lama sekaligus iktibar dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang.

Azam? Mungkin azam saya tidaklah seperfecto  untuk masa akan datang. Cuma azam untuk saya
ialah saya cuba menjadi seorang pelajar jarak jauh, pekerja, rakan sekerja dan rakan belajar yang baik serta tidak melupakan tangungjawab sebagai anak yang baik dengan yang terbaik dan sebaik mungkin
selagi saya bernafas dalam muka bumi Allah ini.

Akhir kata, semoga tahun 2017, memberi sinar baru kepada saya, serta kenalan hidup saya sama ada sengaja atau tidak sengaja baik keluarga, guru-guru, pensyarah yang saya kenal dalam menjalani kehidupan seharian.

Selamat Belajar Menempuh Kehidupan Seharian! Selamat tahun baru 2017! Selamat bakal menjalani alam mahasiswa penuh masa (intensif) ! Jumpa lagi pada masa akan datang (tahun hadapan) a.k.a esok.

Wassalam. =)

Farhan Latib
Kuala Kangsar
Lebuhraya Utara Selatan
11.44 pm
31 Disember 2016 

Tuesday, 20 December 2016

JUR 101 Etika Professional (Bab 2) ~ Teori Keperibadian Mulia


                                                 Bab 2 - Pemikiran Dan  Teori Etika

 
  A. TEORI KEPERIBADIAN MULIA

  1. Teori Keperibadian Mulia

  a) Aristotle (384 - 322 s.m)
      - Menyatakan bahawa peribadi mulia dianggap satu keperluan untuk
        membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yang rasional secara                                                       berkesan..

  b) Di dalam teori tersebut, ia telah menekankan kebolehan untuk mendapatkan keseimbangan antara
      dua yang keterlaluan dalam perlakuan, emosi, keinginan dan sikap.

  c) MacIntyre
      - Telah mengaplikasi teori keperibadian mulia ini dalam kajiannya tentang pemikiran
        etika professional.
      - Memperkenalkan istilah amalan sosial (aktiviti bekerjasama yang bertujuan mencapai kebaikan
        umum.
      - Dikenali sebagai kebaikan dalaman (merujuk kepada semua golongan yang terlibat.) dan
        berbeza daripada kebaikan luaran (wang dan prestij yang boleh diperoleh melalui aktiviti
        lain dan tidak merujuk kepada amalan tertentu.).


  2. Kebaikan Diri Sendiri

  a) Merupakan asas dan panduan dalam pengalaman autonomi serta tanggungjawab moral di mana
      memberi penekanan kepada kefahaman dan keprihatinan terhadap prinsip moral.

  b) Penekanan seterusnya adalah tentang komitmen terhadap sesuatu tindakan dan menjadikan
      kefahaman (penghayatan) kepada tindakan seperti keberanian, disiplin diri, menghormati diri
      sendiri, kejujuran dan ketulusan, ketabahan dan ketaatan terhadap komitmen.


  3. Kebaikan Untuk Masyarakat

  a) Mementingkan kebaikan yang akan diperoleh klien dan masyarakat umum berikutan sesuatu  
      tindakan.

  b) Perkara yang diutamakan ialah keadilan dalam hal menghormati hak seseorang seperti hak
      yang mempunyai risiko.

  c) Kebaikan minimum yang perlu dilakukann ialah tidak melakukan keburukan (kemudaratan)
      kepada orang lain.

  d) Aspek - aspek lain yang ditekankan ialah sikap murah hati, kesediaan membantu orang lain
      dan sanggup menyumbang masa, bakat dan wang secara sukarela demi kebaikan profesion
      berkenaan dan masyarakat umum.


 4. Kebaikan Kepada Kumpulan

  a) Aspek yang ditekankan termasuklah semangat rakan sejawat, bekerjasama, kebolehan
      komunikasi secara berkesan dan menghormati undang-undang.

  b) Aspek lain seperti kesetiaan terhadap majikan juga diambil kira iaitu taat dan setia
      sepenuhnya bagi pihak kepentingan majikan.

  c) Kepimpinan untuk memikul tanggungjawab dan memberi motivasi kepada orang lain
      dalam mencapai suatu matlamat tertentu.


5. Kebaikan Kemahiran

 a) Menitikberatkan soal penguasaan amalan kemahiran dalam bidang profesion tertentu.

 b) Mempunyai kait rapat dengan sifat integriti dan menghormati diri sendiri.

 c) Antara ciri - ciri di dalam kebaikan kemahiran ialah :

     i) Integriti
 
     -  Integriti moral - Kesatuan keperibadian berasaskan keprihatinan moral iaitu berasaskan
                                   kejujuran.
                                -  Merupakan kesinambungan hubungan antara sikap, emosi dan tingkah laku
                                   dalam membuat justifikasi moral sekaligus merupakan jambatan antara
                                   tanggungjawab persendirian dengan kehidupan sebagai professional.

      ii) Kejujuran

      - Melibatkan dua aspek penting (ketulusan dan kepercayaan).

      - Melibatkan beberapa situasi, contohnya :

        a) Jujur dalam tindakan secara umum - Merujuk kepada amalan menghormati
                                                                       harta benda orang lain. (Mencuri, Rasuah)

        b) Jujur dalam percakapan - Tidak menipu, tidak secara sengaja mengelirukan orang lain
                                                      sama ada berpura - pura, berbohong.

        c) Jujur dalam kepercayaan - Membina kepercayaan yang rasional dalam diri seseorang
                                                       tanpa menipu dirinya sendiri dan tanpa paksaan atau berat
                                                       sebelah.


       iii) Pertimbangan

       -  Jujur adalah merupakan asas utama sifat keperibadian mulia dalam hubungan di antara
          professional dengan majikan dan kliennya

       - Sehubungan dengan itu, hubungan adalah berdasarkan kepercayaan bahawa seseorang
         professional akan melaksanakan khidmat yang telah diamanahkan secara berkesan.


       iv) Menghormati diri

        -  Menghormati diri ialah menilai diri sendiri berdasarkan pertimbangan moral yang sesuai.

        - Di dalam sifat menghormat diri, self-respect dan self-esteem ada saling kaitan.

        - Beza di antaranya ialah self-esteem merupakan konsep psikologi manakala self-respect adalah
          adalah konsep moral.

        - Mempunyai kaitan dengan sifat kebaikan utama. Integriti adalah menyumbang kepada
          ke arah menghormati diri dan dalam masa yang sama memberikan motif yang utama dalam
          mengekalkan sesebuah integriti.


       v) Rasa tanggungjawab

        - Apabila seseorang mengatakan bahawa seseorang itu bertanggungjawab, sebenarnya seseorang
          itu telah memberi tanggapan umum terhadap sifat kebaikan orang itu.

        - Sementara itu, mempunyai tanggnungjawab moral pula adalah semata - mata sebuah obligasi
          atau tugas untuk melakukan tindakan yang betul dari segi moral.

        - Walaubagaimanapun, kadang - kadang juga seseorang itu telah meletakkan tanggungjawab ke
          atas seseorang berdasarkan sesuatu pemerhatian secara keseluruhan dan bukannya letak pada
          aspek tertentu dari segi tingkah lakunya.

        - Apabila telah memperkatakan isu salah laku tanggungjawab, tanggungjawab itu juga telah
          membawa maksud satu pencelaan. Sementara itu, konsep tingkah laku yang betul juga turut
          disinonimkan dengan satu pujian.


     Sumber Rujukan : M. Janib Johari, Etika Professional, 2001, Penerbit UTM


   
     



   
                   


I.n.t.e.n.s.i.f


I.n.t.e.n.s.i.f

Bismillah,

Pembuka bicara yang admin sampaikan sebelum memulakan bicara. Agak beberapa bulan admin,
jarang mengupdatekan blog admin. Mungkin kekangan masa antara kerja di sekolah dengan tugasan
laporan amali dan tugasan lain khususnya berkumpulan. Baik daripada kursus teras ataupun universiti.


I.n.t.e.n.s.i.f

Berbalik dengan satu perkataan yang mempunyai tujuh huruf di atas, sekali diimbas dan diperhati dengan maksud mendalam, mungkin, menggerunkan, khususnya buat golongan insan yang bergelar pelajar jarak jauh termasuk admin. Sejujurnya, walaupun admin, belum sempat ataupun merasai kursus intensif memandangkan dek admin terpaksa menangguhkan @ melanjutkan pengajian atas
dasar kerja. Namun, berdasarkan daripada pengalaman senior yang admin pernah jumpa walaupun sekejap terutamanya kalau tak seingat dan tak lupa admin, sewaktu senior tahun akhir (sekarang dah konvo tahun ini dalam beberapa tahun lalu.) Intensif memang benar mengerunkan, tetapi kalau dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sememangnya menyeronokkan. Tambah - tambah lagi buat diri admin yang juga sejujurnya tak sabar  mengikuti bagaimana sistem kursus intensif dijalankan di kampus induk USM tidak beberapa bulan @ minggu sahaja lagi. Mana taknya, berdasarkan daripada sidang lepas, siapa tak sedih, dikala semangat berkobar - kobar nak pergi intensif dengan dapat menghantar kebanykan kesemua tugasan, tiba - tiba, angin taufan mana entah yang membuatkan harapan admin yang sepatutnya sekarang masuk tahun kedua hancur berkecai, disebabkan ......
(tak confirm lagi), ops, terbongkar rahsia, haha.. Tak apalah, untuk yang sidang tahun terkini, alhamdulillah, majikan dan pentadbir atas, mendorong dan memahami situasi admin.Sekaligus, admin mencari strategi dalam persiapan sama pra mahupun sewaktu di intensif.

Jadi, dengan iktibar situasi di atas, ada sedikit tips, yang admin boleh kongsi. Buat rakan yang melawat atau terlawat blog admin, maafkan admin, kalau mungkin kurang jelas luahan hati "based on" situasi yang admin alami. Maklumlah mungkin kejutan budaya.

#Dihighlightkan sebelum intensif

Antara tips :

1. Rancang cuti dengan sebaik mungkin. Kalau dapat cuti CKS berdasarkan daripada pekeliling
(pekeling 7/2009), Cari dalam internet ada. Kalau dapat apply dan dapat lagi bagus. Bergantung kepada majikan. Bincang dengan majikan masing - masing sebaik mungkin.

2. Kalau tak dapat cuti CKS atau dipendekkan cerita tak dapat fully pergi intensif, setidak paling teruk, pergilah waktu hari pertama (daftar kursus intensif di PPPJJ dan bilik di desasiswa masing - masing sepanjang tempoh intensif berjalan) dan hari yang ada penilaian @ peperiksaan berterusan (PB).
(Rujuk pada jadual intensif).

*Nampak penat tapi itulah pengorbanan yang diperlukan sebagai pelajar jarak jauh. Insya Allah, Alah bisa tegal bisa.

3. Kepada sesiapa yang ambil kos sains macam admin yang ada amali. Admin sarankan pergi amali sebelum intensif. Kenapa? percayalah waktu intensif, sesungguhnya, ketika itu sangat sibuk. Macam admin katakan tadi, walaupun admin belum pernah dan tidak sempat merasai sendiri intensif pada sidang sebelumnya, admin dapat melihat sendiri jadual tersebut. sungguh sibuk dan padat. Tapi admin tidak memaksa. Cuma rancang baik - baik, dan sesungguhnya bebanan masa untuk hadir ke PB dan kuliah kurang.

4. Sebelum nak sambung degree sama ada PJJ atau sepenuh masa ke, make sure, confirm dulu yer!, jangan jadi macam admin. Haha, terlalu ghairah nak sambung.

Apapun semoga urusan pengajian atau kerja admin dapat dipermudahkan sepanjang tahun ini dan sidang akademik terkini.

Walaupun tips tak banyak, sedikit sebanyak, mungkin admin boleh membantu rakan - rakan lain.
Akhir kalam, selamat maju jaya, selamat tahun baru, selamat berintensif !!  =D

Arigato, syukran, thank you, terima kasih.. =D

Farhan Latif,
Mahasiswa pemerhati bisu,
berkobar pergi intensif.

20 Disember 2016,
20 Rabiulawal 1438H
Lanchang, Pahang
10.25 malam


Thursday, 15 September 2016

JUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN (Bab 1)


    JUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN

     
    Bab 1: Usahawan dan Keusahawanan


    1. Definisi usahawan

    - Mempunyai persamaan dengan perkataan Inggeris iaitu entrepreneur.
    
    - Entrepreneur - Berasal daripada perkataan Perancis, entreprendre bermaksud memikul tugas
                               dan tanggungjawab.

    -  Perkataan Entrepreneur digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillion yang merujuk
      kepada maksud kegiatan dalam keusahawanan.

    - Ringkasnya, usahawan ialah individu (lelaki atau wanita) yang boleh mengambil idea daripada
     inovasi yang berlaku dalam persekitaran kehidupan mereka, mencipta atau menambahbaik atau
     menginovasi satu produk daripada idea tersebut, berupaya mengeluarkan produk tersebut untuk
     memenuhi permintaan daripada umum, kerajaan malahan pihak ketenteraan.

   - Selain itu, seseorang usahawan memiliki kebolehan mengurus ramai orang dan
     merancang banyak tugas pada satu masa yang diberikan.

   - Mereka juga seorang yang suka mencipta, boleh mengatur sumber-sumber, mengatur orang lain,
    menguruskan masa, keperluan, kehendak, wang orang lain, menguruskan masa, keperluan,
    kehendak, wang orang lain serta mengambil peluang yang ada sedangkan orang lain tidak.

   - Mereka juga boleh menerima tahap risiko tertentu, mengambil risiko dan kurang mengalah
    disebabkan penentangan pendapat daripada orang lain terhadap idea inovatif mereka.

   - Selain itu, terdapat pengertian lain kepada perkataan usahawan seperti berikut :

     a) Joseph A.Schumpeter (1934), bukunya berjudul Theory of Economics Development - 
         menyatakan usahawan ialah seorang inovator yang mengakibatakan berlaku suatu
         pembaharuan.

     b) David McClelland (1961) - Individu yang sanggup mengambil risiko yang terkira.
         Terkira - Individu membuat pengiraan mengenai untung atau rugi apabila mengambil
         risiko atau menceburi perniagaan.

     c) Peter Drucker (1964) - Seorang yang mempunyai kebolehan mengenalpasti peluang serta
         mengambil peluang sepenuhnya.

     d) Carland (1984) - Individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk
         mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.

     e) Frederick, Kuratko dan Hodgetts (2007) - Individu yang dapat mengenal pasti peluang
         dalam persekitaran tidak menentu, dan mereka menjadi agen perubahan yang
         agresif dalam pasaran.


   - Keseluruhannya, usahawan ialah seorang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan
     sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya.

   - Selain itu, usahawan juga boleh dikenali apabila seseorang yang memulakan perniagaan atau
     membeli perniagaan yang dimulakan orang lain.

   - Usahawan adalah seorang seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut
     hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut.


    2. Definisi Keusahawanan

    a) Yep Putih (1989) - Keusahawanan dikatakan satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan
         melakukan perkara berikut:

        i) Mengenal pasti peluang perniagaan.

        ii) Mengendalikan usaha perniagaan menguntnugkan dirinya sendiri dan orang ramai.

        iii) Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang memenuhi keperluan orang ramai.

        iv) Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.

        v) Mengambil risiko yang diperhitungkan (calculated risk).

        vi) Mentadbir dan menggunakan faktor - faktor pengeluaran dalam menghasilkan
             pembangunan ekonomi serta kbajikan sosial.

        vii) Berusaha dan bersedia membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya
              pengeluaran dari semasa ke semasa.


    b) Ronstat (1984) - Proses dinamik yang mewujudkan kekayaan berganda. Kekayaan berganda
        diwujudkan oleh individu yang mempunyai visi, matlamat untuk berubah serta sanggup
        mengambil pelbagai risiko termasuk modal, masa, komitmen dan kerjaya.


    Ringkasnya, keusahawanan ialah kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah
    kepada diri sendiri tetapi dapat membangunkan ekonomidengan pesat memberi sumbangan
    kepada orang lain.


3. Perbezaan antara Usahawan dengan Keusahawanan

    
                       USAHAWAN
                 KEUSAHAWANAN
  
   - Orang yang mengusahakan sesuatu 
     perniagaan atau perindustrian.







  - Suatu bidang dinamik yang boleh
    mewujudkan penambahan kekayaan
    kepada individu yang menceburinya.


4. Peranan usahawan dalam masyarakat dan negara

   a) Mengambil risiko untuk menceburi bidang perniagaan yang baru, yang memerlukan
       pelaburan modal insan dan kewangan.

   b) Mewujudkan pekerjaan untuk masyarakat.

   c) Meningkatkan tahap ekonomi masyarakat melalui peluang perniagaan dan pekerjaan
       dan pekerjaan yang disediakan mereka.

  d) Meningkatkan potensi modal insan melalui pengoptimum guna tenaga dan latihan
      kepakaran diberikan kepada modul insan.

   e) Mempertingkatkan daya saing negara di mata dunia dengan meneroka dan penglibatan
       usahawan dalam pelbagai jenis bidang perniagaan.



(Sumber rujukan : Teras Keusahawanan, Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim
Shafeeyullagan, McGrawHill Asia, 2009)

Wednesday, 14 September 2016

JUR 101 Etika Professional ( Bab 1 )

JUR 101 Etika Professional

Bab 1 : Skop dan kajian etika professional

1. Pendahuluan

- Secara umumnya, kajian tentang etika professional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam sesuatu bidang profesion serta tingkah laku terhadap golongan professional dalam masyarakat.

2. Profesion dan professional 

- Profesion biasanya telah disinonimkan dengan sesebuah pekerjaan.
- Sementara itu,  professional dalam suatu profesion ialah seseorang itu telah menganggap      
  profesionnya sebagai aktiviti sumber dalam menjana pendapatan tetapnya.

__________________ O _________________________________ O ___________________

 - Menurut Martin dan Schinzer (1996), Bayles (1981), perkataan profesion dan profesional hanya boleh digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu di mana telah memenuhi kriteria khusus seperti berikut :

      a) Ilmu pengetahuan 

    -  Kerja atau professional yang memerlukan pengetahuan dari segi ' bagaimana'  dan 'apa'
       kemahiran yang sofistikated (knowing - how) dan ilmu teori (knowing) untuk membuat penilaian
       dan melakukan budi bicara.

 
      b) Latihan intensif dan berterusan

    -  Sebagai kriteria menjadi seorang doktor, peguam atau seorang jurutera, mereka terpaksa
       mengikuti kursus yang menawarkan komponen intelektual di universiti selama 4 hingga 6 tahun.
       Berbanding dengan seorang tukang gunting rambut, tukang jahit dan pengikat batu - bata yang
       hanya tertumpu kepada kemahiran fizikal atau psikomotor.


     c) Perkhidmatan penting untuk masyarakat

    - Profesional memberikan perkhidmatan yang penting untuk masyarakat agar ia dapat terus
      berfungsi.

        Sebagai contoh : Seorang doktor telah bertanggungjawab terhadap hal kesihatan, peguam
                                    bertanggungjawab dalam melindungi hak sesorang hak seseorang dan
                                    jurutera bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kebajikan awam.


     d) Badan profesional

    - Semua bidang professional mempunyai badan professional yang mewakili mereka.
    - Di Malaysia, terdapat badan - badan professional seperti berikut :

      i)  Doktor -  Persatuan Perubatan Malaysia
     ii)  Peguam - Majlis Peguam Malaysia
    iii)  Jurutera - Lembaga Jurutera Malaysia
    iv)  Arkitek - Pertubuhan Arkitek Malaysia
     v)  Akauntan - Institut Perakaunan Malaysia
   vi) Kaunselor - Persatuan Kaunseling Malaysia

    - Kesemua badan - badan ini telah bertanggungjawab dalam menentukan standard dalam
      profesion berkenaan, menyediakan kod etika dan mengawal tingkah laku setiap ahlinya.


     e) Pensijilan (Pentauliahan)

   - Pengamal dalam sesuatu profesion hendaklah mendapat sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh
     badan professional masing - masing.


     f) Bersifat autonomi

   - Biasanya, setiap profesional mempunyai autonomi dalam membuat sebarang keputusan penting
     dan penilaian mengenai hal - hal berkaitan dengan profesionnya.

      Sebagai contoh : Doktor -  Membuat penilaian tentang prosedur terperinci dalam
                                  pembedahan terhadap pesakitnya.

                                 Peguam - Merangka draf perjanjian sesuatu kontrak untuk pelanggannya.

 

 - Profesion terbahagi kepada dua kumpulan ;

    a) Profesion perunding
    b) Profesion bergaji

_____________________ O ___________________________O_________________________

   a) Profesion perunding

   - Bertindak sebagai bagi pihak individu yang menjadi kliennya.

  b) Profesion bergaji

   - Profesion seperti pensyarah, penyelidik dan jurutera yang makan gaji kebiasaannya
     mempunyai banyak klien atau tidak langsung pada satu - satu masa.

  - Menjalankan tugas seperti diarahkan pihak atasan institusi tempat mereka bekerja.

3. Tiga ciri utama profesional perunding.

   a) Memberikan perkhidmatan yang penting

   - Sebagai contoh, jurutera dan arkitek perunding telah menyedia dan mereka bentuk struktur dan
     kemudahan yang perlu dalam kehidupan moden seperti rumah, bangunan, dan sistem
     pengangkutan .

   - Hal berkaitan kesihatan hendaklah bergantung kepada perkhidmatan doktor.

   - Segala penentuan, keadilan hendaklah bergantung kepada profesion guaman.

   - Akauntan bertanggungjawab sebagai juruaudit dalam memastikan integriti kewangan
     sesebuah institusi dan negara sentiasa utuh.


   b) Mempunyai monpoli dalam bidang profesion dan perkhidmatan yang diberikan

   - Mereka hendaklah mendapatkan lesen yang sah, sebelum menjadi pengamal dalam bidang
     profesion tertentu dan dianggap menjadi kesalahan jenayah jika pengamal tidak mempunyai
     lesen.

      *Sebagai contoh:

        i) Hanya pengamal perubatan berlesen boleh merawat pesakit.
       ii) Ahli farmasi bertauliah boleh menentukan penggunaan ubat-ubat tertentu.
 
   - Sifat monopoli sebeginilah telah menyebabkan professional telah menyalahgunakan kedudukan
     dan keistimewaan bagi kepentingan tertentu dan seterusnya telah menimbulkan masalah etika.


   c) Ahli profesional mendakwa mereka dapat mengawal tingkah laku sendiri kerana menjalani 
       latihan intelektual dan penilaian secukupnya sebelum menceburi bidang profesion masing -     
       masing

   - Mereka pendapat sesetengah masyarakat kurang memahami dan apatah lagi dalam menilai
     tingkah laku mereka.

 
 4. Kepentingan dan faktor kajian etika profesional

  - Berikut adalah isu etika dan tekanan yang sering dialami oleh kalangan profesional di mana
    sering di alami oleh kalangan profesional di mana sering menjadi topik perbincangan dalam
    kalangan masyarakat pada hari ini :-

    a) Persekitaran global dan masyarakat
    b) Industri
    c) Undang-undang dan kerajaan
    d) Keluarga
    e) Klien (pelanggan)

  - Berikut juga merupakan faktor-faktor di mana juga dikaitkan dengan perbuatan yang
    yang tidak beretika pada hari ini.

    a) Peningkatan bilangan profesional yang tidak beretika ini boleh berlaku sekaligus menyebabkan
       bilangan kes salah laku di kalangan ahli professional meningkat.
   b) Gaya kehidupan masyarakat moden yang terikat dengan teknologi yang berkembang pesat dan 
       sistem perundangan yang kompleks.

   - Justeru, bukanlah sesuatu perkara mudah dalam menyelesaikan masalah etika dihadapi golongan
     professional. Terdapat tiga faktor yang selalu dikatakan sebagai sebagai puncanya dibincangkan
     di bawah:

     a) Masalah kekaburan tentang pertimbangan etika atau prinsip yang perlu diaplikasi dalam 
         situasi tertentu.
       
         * sebagai contoh: seorang jurutera yang baru bekerja 6 bulan telah menerima berupa hadiah
                                      sebuah diari daripada jurujual yang ada kepentingan perniagaan di syarikat
                                      tempat ia bekerja.

     b) Alasan yang boleh menimbulkan konflik.
         
         - Kebiasaanya ahli profesional dapat mengenalpasti prinsip etika yang diaplikasi
           dalam satu situasi. Keadaan dan masalah ini dikenali sebagai 'dilema obligasi' (satu situasi
           yang mempunyai dua atau lebih obligasi moral, tanggungjawab dan hak yang bertentangan
           antara satu sama lain.

           *sebagai contoh: Kita telah berjanji bertemu dengan seorang kawan lama yang telah
                                       terpisah di sesuatu tempat. Berdasarkan situasi di atas, janji temu adalah
                                       satu obligasi yang perlu dipenuhi atau dilaksanakan. Tiba - tiba, ayah kita
                                       telah jatuh sakit dan kita perlu menjaganya di rumah kerana tiada orang lain
                                       dapat menggantikan kita.

         - Pendek kata, kita sedang menghadapi dilema, iaitu konflik antara tanggungjawab memenuhi
           janji dengan obligasi menjaga ayah yang sedang sakit.


     c) Penyelesaikan masalah etika professional yang dikaitkan dengan perbezaan individu dan 
         kumpulan, mengaplikasi dan menyimbangkan prinsip etika untuk menyeimbangkan prinsip 
         etika untuk sesuatu situasi.


 5. Definisi etika professional:

 - Suatu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan
   masyarakat, mengawasi, menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.

6. Tiga isu utama yang dikaitkan dengan kajian etika professional:

  a) Memberikan khidmat profesional yang sama tanpa diskriminasi berdasarkan bangsa, agama, 
      budaya, jantina, fahaman politik, dan kedudukan sosioekonomi.

  b) Hubungan antara golongan profesional dengan pelanggannya. ( Masalah seperti mengambil 
      kesempatan akibat kebergantungan pelanggan, kerahsiaan maklumat, hubungan melampaui 
      batas dan lain-lain.

  c) Kesan tingkah laku golongan professional terhadap pelanggan.

7. Justeru, etika professional telah menekankan perkara berikut:

   a) Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan alam sekitar.

  b) Mengelakkan daripada berlakunya konflik anatara kepentingan diri dengan umum (masyarakat).

  c) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk
      kepentingan diri sendiri.

8. Beberapa langkah telah diambil dan dicadangkan untuk mengatasinya.

  a) Mengenalpasti faktor etika yang relevan dan alasannya.

  b) Mengumpul semua fakta berkaitan dengan faktor etika terlibat.

  c)  Menyusun segala pertimbangan etika berkaitan dengan faktor etika terlibat.

  d) Menyediakan tindakan alternatif untuk menyelesaikan masalah dilema tersebut dan 
      mengenalpasti implikasi setiap tindakan itu.

  e) Berbincang dengan rakan untuk mendapatkan cadangan dan alternatif tertentu.


  f) Membuat keputusan secara berhati - hati dengan mengambil kira semua faktor etika 
      yang relevan dan faktor-faktor yang lain.


9. Berikut, terdapat enam perubahan yang ketara berbanding dengan amalan secara 
    tradisional :-

 a) Pengamalan secara individu dan berasingan telah bermula ubah kepada pengenalan secara
     kumpulan.

b) Penggunaan ilmu dari satu bidang displin dengan penggunaan ilmu daripada pelbagai disiplin.

c) Bentuk ganjaran telah berubah kepada secara berbayar (gaji) daripada perkhidmatan
    secara percuma.

d) Pengamalan perniagaan bersendirian (melibatkan daya usaha menarik pelanggan dan 
    menjadikannya sebagai punca kehidupan) mula berkurangan.

e) Peluang untuk rakan - rakan membuat penilaian semakin bertambah.

f) Hubungan di antara profesional dengan klien secara kebersendirian semakin berkurangan.

- Kesemua enam perubahan ketara ini adalah berdasarkan daripada kebanyakan masalah etika yang
  dihadapi oleh golongan profesional yang berpunca daripada kegagalan profesional berkenaan dalam
  menyemak semula prinsip-prinsip etika yang diamalkan selama ini untuk disesuaikan dengan
  perubahan masyarakat dan peranan pengamal profesion sendiri.

10. Kajian etika profesional tidak akan secara automatis telah menjadikan seseorang 
      profesional itu beretika atau membolehkan mereka mengetahui apa yang betul atau 
      sebaliknya.

11. Kajian etika professional juga bertujuan mewujudkan autonomi moral di kalangan 
      profesional.

 - Autonomi moral ialah kebolehan dalam menggunakan pandangan moral yang sesuai berdasarkan
   asas - asas nilai kemanusiaan.

 - Ia dapat dilakukan dengan mempertingkatkan kebolehan dan perhatian terhadap sesuatu situasi.

 - Selain itu, ia juga sangat penting terutamanya dalam situasi 'dilema moral' iaitu timbul dua atau
   lebih obligasi, tanggungjawab dan hak yang bertentangan.

12. Kajian ini juga turut membantu membina sesebuah kemahiran tertentu yang boleh 
      membantu profesional untuk mengenal pasti dan mengikuti langkah-langkah tersebut di 
      atas dengan lebih yakin lagi.


Sumber rujukan :

Etika professional, Mohd. Janib Johari, Penerbit UTM, cetakan ke-12, 2015
         


 
  



 

   

Wednesday, 31 August 2016

Sidang akademik tahun 1, PPPJJ USM

Assalamualaikum w.b.h,

Di dalam ruangan ini, admin telah menyediakan pelbagai nota kursus yang telah ditawarkan oleh Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, PPPJJ USM untuk tahun 1. Secara amnya, bagi pelajar tahun 1, kebanyakan kursus ditawarkan adalah kursus universiti dan sedikit kursus teras mengikut major pilihan pelajar masing - masing. Bahkan, bagi mereka khususnya yang mengikuti program seperti Ijzah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam major Fizik, mereka telah mengikuti juga kursus minor yang telah didaftarkan sekaligus bersama kursus universiti dan teras yang mana admin terangkan sebentar tadi. Jika dibandingkan dengan pelajar - pelajar bidang lain yang hanya mendaftar sahaja minor (bermula sidang akademik 2016/2017) tetapi pada tahun kedua, barulah mereka boleh mengikuti dan mendaftar subjek kursus minor yang mereka ingin ikuti.

Antara subjek kursus universiti yang ditawarkan dan admin ambil (highlight) adalah:

1. JUJ 103 - Pendidikan Jarak Jauh Dan Literasi Komputer
2. JUS 101 - Teras Keusahawanan
3. JUT 101 - Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
4. JUH101 - Hubungan Etnik 
5. JUH102 - Pemikran Kritis
6. JUR101 - Etika Professional
7. JUE100 - Preparatory English*
8. JUE200 - English 1
9. JUE300 - English 11
10. JUE402 - Writing for professional purposes
11. JUL301 - Bahasa Malaysia III
12. JUL 401 - Bahasa Malaysia iV
13. JUW106E - Business Communication#

# - Kursus untuk pelajar yang major pengurusan sahaja
* - Kursus prasyarat
* - Kursus untuk pelajar warga emas yang tidak mendapat kepujian Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.

Sementara itu, admin kini menyenaraikan kursus teras yang ditawarkan oleh pusat pengajian admin di USM. Memandangkan admin pelajar major Biologi dan minor dalam Sejarah. Berikut adalah senarai subjek major dan minor yang diambil.


Senarai kursus major Biologi

1. Kursus teras

    1) JIB115/4  - Plant Diversity
    2) JIB116/4  - Animal Diversity
    3) JIK105/4 - General Chemistry I
    4) JIM105/4 - Basic Mathematics
    5) JIB221/4 - Microbiology
    6) JIB222/4 - Ecology
    7) JIB225/4 - Animal Physiology
    8) JIB226/4 - Genetics
    9) JIB321/4 - Biochemistry
   10) JIB322/3 - Molecular Biology
   11) JIB 323/4 - Biostatistics
    12) JIB326/4 - Plant Physiology And Development
   13) JIB 430/4 - Ethnobiology
   14) JIB 433/4 - Animal Behaviour
   15) JIB 436/4 - Special Writing And Special Topics in Biology
   16) JIB 531/4 - Biosystematics aND taxonomy
   17) JIB 590/8 - Biotechnology

     *JIB432/4 - Environmental and Conservation Biology
     * JIB437/4 - Health and Disease
     * JIB438/4 - Biological Safety
     * JMG415/4 - Biogeografi
     * JIB532/4 - Biomaterials and Biomedical Instrumentation
     * JIB533/4 - Public Health
     * JIB534/4 - Biotechnology

Kursus Minor (Sejarah)

 1) JMS 101/4 - Pengantar Sejarah
 2) JMS 211/4 - Sejarah Politik Malaysia Tradisional
 3) JMS 212/4 - Sejarah Asia Tenggara Tradisional
 4) JMS 213/4 - Sejarah Politik Malaysia Moden
 5) JMS 214/4 - Sejarah Asia Tenggara Moden

Kursus Elektif ( Major : Biologi )

 1. JIB432/4 - Environmental and Conservation Biology
 2. JIB 437/4 - Health and Disease
 3. JIB 438/4 - Biological Safety
 4. JMG 415/4 - Biogeografi
 5. JIB 532/4 - Biomaterial and Biomedical Instrumentation
 6. JIB533/4 - Public Health
 7. JIB 534/4 - Biotechnology

*Student must seleect and register TWO (2) of these 7 courses (8 unit) if they choose not to take JIB590/8 (Project).

Note: JIB590/8 can only registered by final year student if who are already accumulated the required credit hours for graduating.

(Sumber: Buku panduan sidang akademik PPPJJ USM) - Buku ni admin petik, ambil dan dpt waktu sidang akademik 2015/2016. Sidang terbaharu ni sebelum masuk sidang terbaru, 2016/2017.

Semoga dapat dimanfaatkan kpd mereka yg memerlukan khususnya buat junior yang mengambil sama ada major atau minor atau kedua - duanya yang sama dengan admin. Semoga berjumpa lagi pada lain waktu.

Enjoice, =)

Salam hormat,
Salam 1 Malaysia,
Salam merdeka!
Salam sehati sejiwa,
Selamat bersidang,
Selamat berjuang
Wassalam.

Mohd Farhan,
Si pejuang PJJ yang tertangguh



Friday, 5 August 2016

Pendaftaran Pelajar Sidang Akademik 2016/2017

Bersedia dari segi mental dan fizikal,  just move on..



Khas juga dari senior kepada junior ,
Tahniah dan selamat kembali menempuh alam mahasiswa,
All the best for you.. ;)

Di sini bermula cabaran menjadi alam mahasiswa dan alam pekerja,
sekali lagi, semoga berjaya dan juga untuk admin sendiri.. =)





Friday, 29 July 2016

Sehari di Pulau Mutiara ( Pekan >> Kuantan >> USM >> Little India >> Gurney Drive >> Sg. Nibong >> Kuantan >> Pekan )

Di sebalik perasaan duka dalam hati tatkala ditimpa pelbagai ujian sebagai seorang hamba ditambah dengan pelbagai tekanan kerja, namun hati saya sedikit terubat dengan mengambil keputusan untuk mengambil angin seketika di Pulau Mutiara, tatkala kebetulan mempunyai urusan pembayaran yuran pengajian saya bagi sidang akan datang (2016/2017) di USM. Perasaan saya juga sedikit terubat rindu bukan sahaja kepada kekasih hati saya, "USM" bahkan juga kepada bumi asing, bumi Pulau Mutiara, sekaligus seorang perantau yang juga seorang pelajar atau mahasiswa.. Saya sentiasa menyimpan azam agar saya dapat sekali lagi melanjutkan pengajian di sini, bukan sahaja di peringkat ijazah pertama, bahkan sehingga ijazah doktor falsafah kelak di sini.

#USMSayaMerindumu
#SalamRinduDariAnakPahangKepadaUSM



















Sebahagian foto yang diambil admin sepanjang di bumi USM dan Pulau Mutiara. 
Ada rezeki, kita jumpa lagi. =) ;)


Farhan A.Latif
Perindu USM

Saturday, 23 July 2016

Cerita hari ini,

Thank you very much coming "beraya" at my house.. Sorry guys, just ala kadar je.. Lain planning, lain yang menjadi.. Exam nak dekat, study smart boh!!
#19Syawal1437H



Friday, 22 July 2016

Mentari Fajar Transkrian

“Wan, wan. Ada surat dari USM.” Panggilan dari Mak Senah telah menyentap lamunan Ridhwan dari jendela kamar rumahnya sambil melihat pemandangan sawah padi berhampiran rumah beliau.

“Surat dari USM? surat tawaran sambung belajar ke mak?”, Ridhwan membalas panggilan berkenaan lantas meninggalkan jendela kamar lalu menuju ke arah Ibunya di anjung rumah yang membelek surat berkenaan. “Entahlah, wan. cubalah kau tengok, setahu mak kalau surat dari universiti, walaupun mak tak belajar sekolah, biasanya surat panggil sambung belajar ataupun lapor diri kerja, cuba kau buka. Mungkin mak boleh tumpang tengok. “

“Baik, Mak.”
Setelah ibu Ridhwan memberi surat berkenaan kepada Ridhwan, dia membuka surat berkenaan. Sejurus selepas itu, beliau melonjak perasaan gembira dan berkongsi kegembiraan itu bersama ibunya.

“ Ibu, wan, dapat sambung belajar.”

“Oh, ya ke, wan. Alhamdulillah, termakbul doa mak selama ni. Bidang apa yang kau ambil, wan..”

“Kejuruteraan Awam, mak. Dekat kampus Transkrian, Nibong Tebal. Awal bulan depan, daftar..”

“Alhamdulillah, syukur sekali lagi mak dengar, wan. Ha, kau kena ingat, wan, kita ni bukannya keluarga senang, man. Tambah pulak, walaupun kau ni bukan anak sulung, tapi kau ni satu - satunya anak lelaki mak, waris kuat, waris tunggal dalam keluarga ni. Ayah kau pulak dah tak ada. Nanti bila kau dah sambung belajar, bergraduasi, dah ada kerja nanti, kau jangan lupa dengan asal - usul keluarga kita pula nanti, jangan jadi macam mak atau saudara mak atau arwah ayah kau terdekat. Mak tak nak sejarah hitam kehidupan mak atau saudara mak atau arwah ayah berulang dekat kau..”

“Maksud mak..”

“Tak adalah, man. Maksud mak, macam mak katakan sebelum ni, mak bukannya dari keluarga orang senang. Arwah atuk kau tak mampu sara persekolahan mak waktu tu. Sementara adik - beradik mak bawah yang lain, diorang bernasib baik berpeluang ke sekolah.. Tapi bila ada di antara mereka yang berjaya, masing - masing ada lupa diri, buat hirau tak - hirau, tak ambil berat dengan adik - beradik terutamanya dengan mak. Kalau mak, arwah atuk atau nenek kau yang minta tolong terutama waktu berkumpul balik raya, lagilah ada alasan. Sama dengan sebelah arwah ayah kau, wan. Mak tak nak benda jadi, ataupun turun ke kau, wan.. Alhamdulillah, buat masa ni, anak - anak mak boleh kata hampir semua termasuk kau masuk u.. Kecuali ada dua adik kau yang sekolah lagi.. Belajar rajin - rajin, wan..”

“Baik, mak.. Pesanan mak, Insya Allah, man takkan lupa.. Terima kasih, mak..”

Tiga minggu selepas itu, pagi 1 September, suasana sibuk dan hiruk - piruk hari pendaftaran di kampus kejuruteraan USM Transkrian, Nibong Tebal menandakan bermulanya juga episod dan tanggungjawab baru bagi Ridhwan. Tanggungjawab seorang pelajar dan amanah yang telah diberi oleh ibunya sebelum melangkah kaki di kampus berkenaan. Di mana jarak perjalanannya mengambil masa lima jam dari kampung halamannya yang kaya dengan hasil padi. Kampung Lamir, Pekan, Pahang.

Di situ juga, beliau berjumpa dengan anak muda yang dikenalinya sekaligus merupakan satu bidang. Faiz. Bukan sahaja merupakan anak muda yang Ridhwan kenalinya. Bahkan merupakan rakan sejak kecil sehinggalah mereka menjadi rakan serumah dan sebilik.

“Faiz, Assalamualaikum.. Kau sambung sini jugak ke..”

“ Waalaikumussalam.. Eh, wan.. Subhanallah, jumpa juga kita ya.. Haah, aku sambung sini jugak.. “

“Masha Allah, kecilnya dunia ni, walaupun besar, tambah - tambah, aku tak tahu pulak kau boleh satu rumah, satu bilik dengan aku..”

“Itulah pasal.. Kos apa kau ambil, Faiz?”

“Awam.. Wan?”

“Awam jugak..”

“Haha, kalau macam tu kalau ada apa - apa masalah especially berkait kuliah, adalah geng nak study..”

No problem, disebabkan kita dah lama kenal, Insya Allah, aku tolong seberapa mana aku boleh bantu..”

 Setelah itu, dalam menempuh alam pengajian selama empat tahun, pada tahun berikutnya, iaitu tahun kedua pengajian, Ridhwan merupakan seorang Exco yang memberi komitmen di dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Kediaman yang dihuninya, Desasiswa Jaya. Justeru, tidak hairanlah, dia juga aktif di bangku sekolah suatu ketika dahulu sekaligus menggunakan pengalaman tersebut sebagai inspirasi yang berjaya dalam hidup. Lebih - lebih lagi sebagai seorang bakal jurutera awam yang berwawasan dalam berkhidmat kepada masyarakat. Selain itu, dia juga turut dikenali dengan sifat rendah diri, bantu - membantu terutamanya dalam kalangan rakan sekomuniti dalam kampus tersebut walaupun berlatarbelakangkan keluarga yang bukan senang. Tambahan pula, hubungan dengan Allah juga, beliau sentiasa jaga.

 Suatu hari, pada sebelah malam, Ridhwan terlibat dalam satu perjumpaan Exco dan Rakan Exco Jawatankuasa Mahasiswa yang dipegang beliau di desasiswanya. Sepanjang perjumpaan itu dijalankan banyak perkara dan isu yang dibincangkan selain sesi perkenalkan diri antara setiap anak buahnya. Dan hinggalah bertemu dengan seorang pelajar ini yang mana dibawa oleh rakan sejawatan dengan beliau, Rohaiza di sebuah bilik gerakan desasiswa berkenaan..

“ Assalamualaikum, minta maaf adik - adik, wan sebab lambat sikit, nama akak, Rohaiza Binti Abd Manaf, ataupun orang panggil kak aiza.. Akak satu exco dengan Ridhwan. Sebenarnya tadi, kak Aiza lambat ke sini sebab ada bawa satu lagi ahli rakan exco baru, jadi akak harap kamu semua dapat bersepakatan dalam satu jawatankuasa. Tanpa akak lengahkan masa, akak jemput, junior kita ni. Mari, perkenalkan diri kamu ..”  Kata Rohaiza sambil membawa pelajar junior berkenaan.

“Assalamualaikum, semua, nama saya Fatin Nuratiqah Binti Kamaruddin, boleh panggil saya Fatin. Pelajar tahun 1, jurusan kejuruteraan awam, berasal dari Pahang. Saya berharap dengan terpilihnya saya sebagai rakan exco dan ahli komuniti ini, kawan - kawan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjalankan sesebuah organisasi. Terima kasih, semua. “

Sejurus itu, ketika pelajar baru berkenaan memperkenalkan dirinya di kalangan rakan komuniti lain termasuk Ridhwan, Ridhwan mula tersentak seketika sekaligus tertumpu sepenuhnya kepada Fatin. Lalu hatinya bermonolog.

“Subhanallah cantiknya, dia,bijak, untungnya orang tuanya. Astaghfirullah, sayangnya dia bukan muhrim aku.”

Beberapa minggu selepas itu, sekali lagi pertemuan tidak sengaja berlaku di antara Ridhwan dan Fatin. Mereka ketika itu masing - masing selesai menghadiri kuliah dalam bidang masing - masing. Dan kejadian itu berlatarbelakangkan di sebuah taman rekreasi sekitar kampus kejuruteraan yang nun indah.

“Aduh..” Rintih, Fatin apabila beliau terjatuh ketika berjalan pulang ke desasiswa beserta buku kuliahnya jatuh bertaburan.

“Eh, itu macam Fatin, perlu ke aku bantu dia, ya atau tak, kalau aku tak tolong, rasa bersalah pulak. Kalau ya, nanti student sini perhati apa pulak diorang yang kata nanti.”
“Tak apalah, aku pergi tolong dia. Dia pun manusia biasa juga.”


 Bisik hati Ridhwan di samping terserempak Fatin yang tidak jauh dari pandangannya. Dan setelah itu dia mengambil keputusan untuk membantu pelajar baru berkenaan sekaligus menuju ke arahnya.

“Assalamualaikum, boleh saya bantu saudari. Tadi saya nampak saudari terjatuh.”

“Waalaikumussalam, oh ye ke, haah saya sebenarnya tergesa - gesa nak balik kolej.. boleh jer..”

“Saudari, tak apa - apa.”

“Tak. Apapun terima kasih sebab tolong.”

“Sama - sama, nama saya Ridhwan.”

“Oh, nama saya Fatin.”

Setelah itu, mereka masing - masing beredar dari tempat berkenaan menuju ke tempat mereka pergi selepas berkuliah. Dan sejurus dari kejadian itu juga, mereka masing -masing tidak sedar bahawa bermulanya sebuah titik perkenalan yang membawa ke alam percintaan yang mungkin kurang nyata.
Pada sebelah malam, Ridhwan dan Fatin akan menggunakan masa tersebut untuk menelaah pelajaran yang dipelajarinya yang diambil ketika menghadiri kuliah pada siang hari. Dan pada malam berkenaan,

“ Eh, biasanya aku study, selalunya masuk, tapi hari ini aku tak boleh fokus, kenapa agaknya ya.” Sungut Ridhwan di dalam hati.

“Ya Allah, kenapa aku rasa macam tak sedap hati. Apa salah aku, ya Allah, sampaikan aku hilang fokus dalam ulangkaji.” Rintih Fatin dalam hati juga di bilik tidur desasiswa yang didiamnya.

“Takkan sebab benda yang jadi petang tadi.” Sungut lagi Ridhwan.

“Apa salah yang aku buat pada rakan - rakanku lain.” Begitu juga dengan Fatin.

“Aku kena buat sesuatu.” Ridhwan bermonolog lagi.

“Aku kena bertaubat.” Begitu juga dengan Fatin.

Sejurus itu, Fatin meninggalkan kerja sehariannya seketika lalu mengambil wuduk dan mengerjakan solat fardhu. Walaubagaimanapun, seketika persekitaran di Desasiswa Jaya, di kamar bilik Ridhwan, sedang asyik Ridhwan menelaah pelajarannya, dia tidak sedar, rakan sebiliknya Faiz memanggilnya.

“Wan, wan.”

“Wan, aku panggil kau ni.”

“Rajinnya budak ni.”


Keesokan harinya, seperti biasa, Ridhwan, Faiz dan rakan sepengajiannya memulakan rutin harian sebagai pelajar atau mahasiswa. Setelah selesai menghadiri ke kuliah..

“Wan, kau ada kuliah lagi tak lepas ni. Kalau tak ada, jom join dengan kitaorang pergi lunch dekat Desa Lembaran.” Sapa Faiz kepada Ridhwan.

“Haah, Wan, mailah join sekali. Sambil - sambil  lunch tu, aku sebenarnya ada benda nak habaq, nak discuss sikit dengan hangpa, pasai quiz yang Dr. Farid mention tadi nak buat minggu depan. 

Mampuih aku, banyak benda lagi aku tak ready lagi.” Sampuk Afif, juga rakan sekuliah Ridhwan dengan bahasa loghat utara memandangkan kebetulan dia berasal dari negeri Pulau Mutiara itu.

“Faiz, fif. Aku memang tak ada kuliah dah lepas ni. Tapi sorrylah wei, aku ada kerja sikit nak buat. Lain lali jelah, aku join. Kalau boleh pun malam ni ke. Macam mana, okay tak, bro..” Balas Ridhwan dengan penolakan ajakan kedua rakan sekuliahnya cara yang baik.

“Okay.. Kalau macam kitaorg gerak dulu. Jumpa malam ni. Kita lepak luar.” Balas kembali Faiz sebelum terus ke kafe bersama Afif.

Setelah itu, setibanya di bilik, Ridhwan kembali dengan rutin beliau sekaligus keluar semula ke perpustakaan kampus untuk mencari bahan rujukan dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarahnya. Ketika dia mencari bahan dan menyiapkan kerjanya. Dia mendapat mesej daripada Fatin. Pelajar baru yang Ridhwan jumpa ketika mesyuarat exco di Desasiswa Jaya dan taman rekreasi di kampus berkenaan.

“Assalamualaikum, wan.. Saya Fatin, awak ingat saya lagi tak?”

“Wassalam, ya Fatin, saya ingat lagi. Ada apa yang saya boleh bantu saudari?”

“Saya nak tanya, awak ambil civil kan, mesti awak bantu saya dalam kuliah saya ni.”

“Ya, saya ambil kejuruteraan awam. Insya Allah, yang mana bab boleh saya tolong, saya tolong.”

“Oh, ye ke, Subhanallah, kalau macam tu, tak sia - sialah saya cari sumber lain selain buku rujukan, bolehlah jugak, saya inbox dekat awak..”

“Insha Allah, Fatin.”

“Tapi tak apa ke Ridhwan, saya rujuk dekat awak, walaupun saya tahu awak ni senior saya, tapi awak ni lelaki, takut jerlumus ke couple pulak.”

                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Bersambung...



             
                                                                                                                   
                                                  
                           

Tuesday, 12 July 2016

Hari ini sekali lagi merupakan hari yang mungkin malang buat saya. Kenapa? Hmmm, mungkin setelah penat letih pulang ke kampung menyambut aidilfitri bersama keluarga tercinta di Pekan, Pahang sekaligus menghabiskan cuti perayaan ini dengan menghantar kakak sulung tercinta melapor diri sebagai jururawat pelatih di Melaka. Mungkin juga sudah menjadi ''mindset'' hidup sekaligus ibarat kembali kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sungguhpun begitu, saya tetap cuba kuatkan hati dengan dugaan yang diberi atau diuji olehnya. Antara perkara malang yang telah hadapi ,

Saya dimarahi dan diserang secara mengejut oleh seorang guru ini (Maaf saya tak dapat dedahkan nama beliau, ) kerana menjual air kotak di dalam makmal. (Sekali lagi, maaf. Seperti yang saya ingin katakan di sini, based on s.o.p yang saya tahu, sememangnya tidak ada, makmal yang menjual air kotak. Cuma, makmal tempat saya "posting" sekarang yang jual "air kotak" dalam peti sejuk yang mana sepatutnya simpan bahan kimia. Well, saya tak nak bercerita panjang berjela - jela pasal makmal dan air kotak, cuma apa yang saya nak "highlight" di sini, being positif, sometimes, walaupun si cikgu ''b" ni jual air kotak dalam makmal, tapi tak boleh salahkan dia juga, sebab ye lah tempat saya ''posting'' ni jugalah duit sekolah tak banyak. Tak banyak, macam mana, nak beli bahan kimia, nak ganti bahan radas rosak bagai. Haishh. Bukan semua barang dalam makmal tu yang murah - murah, mahal kot. Kalau ikutkan nak gaduh saje semalam, tapi malaslah, hanya benda kecil sahaja, nak gaduh. Apapun sabar ye, admin. Nama pun kerja. Kerja dengan orang ni. Macam - macam ragam orang kita jumpa. Samalah jugak kalau pergi tempat kerja lain. Sama je. Sabar na..

Time balik rumah. Time tu saya nak sediakan makan petang, just ala kadar, maklumlah bila dah lepas raya ni, banyak duit yang pakai.. hmmm, pokai jap.. makan je la apa yang ada. Waktu tu aku buat jemput masin, dengan air panas. Nak pendekkan cerita, mungkin salah saya, biarkan dapur macam tu je dengan keadaan terbuka api.. Apa taknya, bila terleka tengok movie.. saya terbau benda hangit..so, bila dah bau nenda pelik tu, terus pergi dapur. Tengok - tengok api dah besar. Panik dengan keadaan macam tu, saya nampak pemadam api, tapi dengan keadaan yang tak tahu. Saya pergi kunci rumah, niat nak minta tolong dengan pak guard tu. Tapi, nak jadi teringat , mungkin terlampau panik, ada baldi dengan air, apa lagi, saya ikhtiar, alhamdulillah, saya bersyukur , api dalam kuali dapat padam sebelum merebak ke tempat lain, cuma soket @ suis bilik ampaian belakang yang tak boleh pakai, sebab termakan api yang menyambar soket. Suos dekat bilik ampaian dan basuh baju pun tak boleh pakai sebab api menyambar sikit.

Sekarang, masalah yang saya duga ni pulak, kunci rumah hilang, aduh, bala apa lagi yang saya dapat. Sekarang saya tak boleh keluar mana - mana, nak cari barang tak boleh, mungkin gara - gara panik semalam,nak minta tolong orang, saya terus capai kunci tu, then, tak tahu mana pula pergi, aduh, satu satu , kebodohan dan cuai yang masih aku ada sampai hari ini. Akibatnya, tak pergilah ke kerja hari ini, terpaksa ambil mc, nak ambil cuti, cuti makin sikit. inipun kalau dapat pergi klinik, kalau dapat jumpa kunci tu, hmmm.. Tak palah, admin, sabarlah mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.





Sebahagian ruang dapur rumah yang disambar api.. Syukur, alhamdulillah, harap kejadian sebegini tak berlaku lagi..



Hmmm, lepas ni, admin jangan buat lagi yerr, benda pelik - pelik ni tau.. pengajaran untuk minggu ni..

Wednesday, 6 July 2016

Assalamualaikum w.b.h,

Taqaballah minna wa minkum,

Saya selaku admin ingin memohon maaf segala kekhilafan saya kepada saudara saudari yang kenali sepanjang hayat saya baik sengaja atau tak sengaja dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin..

Dari Admin dan Sekeluarga..

1 Syawal 1437 hijrah


Farhan Latif,
Anak Rantauan,

Pekan, Pahang









Wednesday, 22 June 2016

Majlis Berbuka Puasa Dan Program Pembangunan Empower ECER



Sebahagian daripada pelajar - pelajar asrama SMK Bukit Damar yang turut menjayakan program majlis tempoh hari. Maaf dari pihak tuan badan a.k.a admin, gambar mungkin kurang "clear" pencahayaan.  

"All the best for the future life, guys!" 
"Study smart, belajar rajin - rajin, abang doakan kejayaan kamu."
"Walaupun, kamu nakal, tapi kamu tetap di hati abang."

- Smile emoticon -  ;)

Sekian,

Sumber berita dari,
Farhan Latif
Wartawan
Bukit Damar Media TV

Monday, 20 June 2016

"Si Celik Pandai Pelik : Penat tapi berbaloi" ;)

Terimbau kini sudah setahun berkhidmat selaku pegawai kerajaan dalam sektor bidang sains bagi kategori staf sokongan di sebuah makmal sekolah menengah di negeri yang tercinta, Pahang Darul Makmur. 

Walaupun setahun, tapi kira banyak jugalah, pengalaman atau getir yang saya rasa tatkala manis, pahit, bahagia, derita, gelak ketawa, ataupun menangis. Dalam erti kata lain, semuanya rasa sendiri.

Maklumlah, mungkin memang tak dinafikan, secara realitinya, saya memang tak ramai kawan, daripada zaman kecil, sekolah rendah, sekolah menengah sampailah ke alam universiti, dan tempat kerja sekarang, mungkin juga sikap saya yang pelik dan secara jujurnya ingin sesuatu lain dari yang lain berbanding orang lain.
Maksudnya dekat sini, aku ambil contoh "throwback" semula waktu zaman sekolah menengah. Waktu tu kalau saya tak silap time nak dekat ambil SPM tahun 2010, pada masa tu geng - geng tingkatan 5, sekolah aku, SMK Peramu Jaya, dibawa keluar ke seminar SPM, 2 Hari 1 Malam dekat Sempurna Resort, Kuantan. Dalam seminar tu, ada satu slot yang aku cuba nak "share" atau nak "highlight"kan yang mana, cikgu kaunseling, Cikgu Jamiuddin, (sekarang dah pindah, kalau tak silap SK Bandar Dua Paloh Hinai rasanya. Tak berapa rapat sangatlah.) memberi ceramah kerjaya @ masuk Universiti. Dia menggalakkan aku dengan geng - geng lain apply UiTM sebab yuran murah, (keutamaan bumiputra) . So, based on daripada peristiwa lampau tu, saya dah set up mind saya,  

"FL, saya rasa baik awak buat something @ apply yang different daripada orang lain"

Truly, for the next year, 2011. I already broke up the record as well for my old school. My UPU admission was approved, and I had received the offered letter from UPSI to further my Diploma studies. So, again. What I want to highlight for these situation is I'm the first leave SPM candidate from my old school that study at UPSI, Besides some other candidate, most of them are preferred UiTM as the best choice place to continue their studies. This is the beginner my success in my life.

Berbalik kepada karier saya sekarang. Macam saya katakan pada pembuka bicara saya, ada gelak ketawa, menangis, bahagia, ataupun derita. Semuanya boleh katakan saya rasa sendiri. Tak babitkan orang lain. (Kawan rapat). Kalau ada kawan rapat pun actually tak lama, lepas tu masing - masing buat haluan sendiri even from university especially.

Now, when I’m sharing about my career starting from “lapor diri” until today at my posting place.

Dari segi kerja, jujur saya katakan memang saya boleh dikategorikan kurang mahir. Walaupun, saya mengaku dari segi teori, saya boleh memahami atau mengingati sesuatu perkara yang saya pelajari seperti situasi saya belajar sama ada di sekolah ataupun di universiti.

In fact, lebih mungkin membimbangkan tetapi masih boleh dikawal when sikap buruk saya seperti cuai dan sambil lewa atau sesuka hati (pandangan orang lain yang mengenali saya sama ada kawan - kawan sekerja, ataupun yang pernah kenal saya termasuk darah daging saya), mungkin.. Itu hanya pandangan mereka. Tetapi kalau yang first tu, yes..! Saya memang kadang - kadang cuai.. Tak tutup tingkap, terlupa kunci makmal, yew.. menakutkan.. Kalau jadi apa - apa, hmmm. Fikirkan je la sendiri. Sebab semuanya punca sikap buruk saya tu.

Terlalu rendah diri, salah satu kelemahan saya, Kalau rendah diri bertempat tak apa, tapi kalau tak bertempat mulalah “set mind” bukan - bukan dalam minda saya.
mula further bersikap panik, tak boleh buat benda tu, tak boleh bersuara atau bagi pendapat sebab takut tolak mentah - mentah, tambah - tambah, panik bila lebih gemar buat kerja last - minute..
Tapi kalau hasil last - minute punya kerja tu berbaloi, Alhamdulillah, even penat tapi berbaloi. Sebab kualiti tu mungkin ada sedikit. Alhamdulillah jugak, sikap buruk yang ada pada saya semakin hilang secara sedikit dan tidak drastik dalam profesion saya sekarang.  

Pengajaran yang peroleh daripada cerita yang saya nak share,

¨    Sebenarnya janganlah terlalu rendah diri sampai bawah lantai (Kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ni masing - masing ada potensi dan hati. Jangan biarkan hati kuasai kita. Tambah - tambah buat perkara ke arah keji dan mungkar. Kenali potensi kita.)

¨    Pastikan langkah kerja kita biar lambat tapi cermat ( untuk hasilkan kerja yang kualiti. “looking boring but will produce a good work product”.)

¨    Kalau dah ada matlamat, usahakan atau berjuang bersungguh - sungguh. Sebab kalau kita usaha tapi tak ada matlamat, kita kalah. Kalau kita ada matlamat, tapi tak ada usaha, malas.




         
                                         

                                 




                                          



Sebahagian gerak kerja dan suasana di tempat kerja.
Enjoice! Good luck for your life, FL!








      Farhan Latif
      Ahli celik pandai pelik