Blog ini bukan sebarang blog.. Blog ini dihasilkan sebagai platform dari hati ke hati ruang pembaca yang melayarinya khususnya dari perkongsian ilmu.. Baik nota akademik, mahupun ruangan santai seperti seperti perkongsian hidup saya mahupun cerpen.. Saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dari segi kata kata yang cuba disampaikan saya di dalam blog ini.. Akhir kata, semoga dimanfaatkan bersama blog ini.. Jazakallah, Wassalam..
Tuesday, 20 December 2016
JUR 101 Etika Professional (Bab 2) ~ Teori Keperibadian Mulia
Bab 2 - Pemikiran Dan Teori Etika
A. TEORI KEPERIBADIAN MULIA
1. Teori Keperibadian Mulia
a) Aristotle (384 - 322 s.m)
- Menyatakan bahawa peribadi mulia dianggap satu keperluan untuk
membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yang rasional secara berkesan..
b) Di dalam teori tersebut, ia telah menekankan kebolehan untuk mendapatkan keseimbangan antara
dua yang keterlaluan dalam perlakuan, emosi, keinginan dan sikap.
c) MacIntyre
- Telah mengaplikasi teori keperibadian mulia ini dalam kajiannya tentang pemikiran
etika professional.
- Memperkenalkan istilah amalan sosial (aktiviti bekerjasama yang bertujuan mencapai kebaikan
umum.
- Dikenali sebagai kebaikan dalaman (merujuk kepada semua golongan yang terlibat.) dan
berbeza daripada kebaikan luaran (wang dan prestij yang boleh diperoleh melalui aktiviti
lain dan tidak merujuk kepada amalan tertentu.).
2. Kebaikan Diri Sendiri
a) Merupakan asas dan panduan dalam pengalaman autonomi serta tanggungjawab moral di mana
memberi penekanan kepada kefahaman dan keprihatinan terhadap prinsip moral.
b) Penekanan seterusnya adalah tentang komitmen terhadap sesuatu tindakan dan menjadikan
kefahaman (penghayatan) kepada tindakan seperti keberanian, disiplin diri, menghormati diri
sendiri, kejujuran dan ketulusan, ketabahan dan ketaatan terhadap komitmen.
3. Kebaikan Untuk Masyarakat
a) Mementingkan kebaikan yang akan diperoleh klien dan masyarakat umum berikutan sesuatu
tindakan.
b) Perkara yang diutamakan ialah keadilan dalam hal menghormati hak seseorang seperti hak
yang mempunyai risiko.
c) Kebaikan minimum yang perlu dilakukann ialah tidak melakukan keburukan (kemudaratan)
kepada orang lain.
d) Aspek - aspek lain yang ditekankan ialah sikap murah hati, kesediaan membantu orang lain
dan sanggup menyumbang masa, bakat dan wang secara sukarela demi kebaikan profesion
berkenaan dan masyarakat umum.
4. Kebaikan Kepada Kumpulan
a) Aspek yang ditekankan termasuklah semangat rakan sejawat, bekerjasama, kebolehan
komunikasi secara berkesan dan menghormati undang-undang.
b) Aspek lain seperti kesetiaan terhadap majikan juga diambil kira iaitu taat dan setia
sepenuhnya bagi pihak kepentingan majikan.
c) Kepimpinan untuk memikul tanggungjawab dan memberi motivasi kepada orang lain
dalam mencapai suatu matlamat tertentu.
5. Kebaikan Kemahiran
a) Menitikberatkan soal penguasaan amalan kemahiran dalam bidang profesion tertentu.
b) Mempunyai kait rapat dengan sifat integriti dan menghormati diri sendiri.
c) Antara ciri - ciri di dalam kebaikan kemahiran ialah :
i) Integriti
- Integriti moral - Kesatuan keperibadian berasaskan keprihatinan moral iaitu berasaskan
kejujuran.
- Merupakan kesinambungan hubungan antara sikap, emosi dan tingkah laku
dalam membuat justifikasi moral sekaligus merupakan jambatan antara
tanggungjawab persendirian dengan kehidupan sebagai professional.
ii) Kejujuran
- Melibatkan dua aspek penting (ketulusan dan kepercayaan).
- Melibatkan beberapa situasi, contohnya :
a) Jujur dalam tindakan secara umum - Merujuk kepada amalan menghormati
harta benda orang lain. (Mencuri, Rasuah)
b) Jujur dalam percakapan - Tidak menipu, tidak secara sengaja mengelirukan orang lain
sama ada berpura - pura, berbohong.
c) Jujur dalam kepercayaan - Membina kepercayaan yang rasional dalam diri seseorang
tanpa menipu dirinya sendiri dan tanpa paksaan atau berat
sebelah.
iii) Pertimbangan
- Jujur adalah merupakan asas utama sifat keperibadian mulia dalam hubungan di antara
professional dengan majikan dan kliennya
- Sehubungan dengan itu, hubungan adalah berdasarkan kepercayaan bahawa seseorang
professional akan melaksanakan khidmat yang telah diamanahkan secara berkesan.
iv) Menghormati diri
- Menghormati diri ialah menilai diri sendiri berdasarkan pertimbangan moral yang sesuai.
- Di dalam sifat menghormat diri, self-respect dan self-esteem ada saling kaitan.
- Beza di antaranya ialah self-esteem merupakan konsep psikologi manakala self-respect adalah
adalah konsep moral.
- Mempunyai kaitan dengan sifat kebaikan utama. Integriti adalah menyumbang kepada
ke arah menghormati diri dan dalam masa yang sama memberikan motif yang utama dalam
mengekalkan sesebuah integriti.
v) Rasa tanggungjawab
- Apabila seseorang mengatakan bahawa seseorang itu bertanggungjawab, sebenarnya seseorang
itu telah memberi tanggapan umum terhadap sifat kebaikan orang itu.
- Sementara itu, mempunyai tanggnungjawab moral pula adalah semata - mata sebuah obligasi
atau tugas untuk melakukan tindakan yang betul dari segi moral.
- Walaubagaimanapun, kadang - kadang juga seseorang itu telah meletakkan tanggungjawab ke
atas seseorang berdasarkan sesuatu pemerhatian secara keseluruhan dan bukannya letak pada
aspek tertentu dari segi tingkah lakunya.
- Apabila telah memperkatakan isu salah laku tanggungjawab, tanggungjawab itu juga telah
membawa maksud satu pencelaan. Sementara itu, konsep tingkah laku yang betul juga turut
disinonimkan dengan satu pujian.
Sumber Rujukan : M. Janib Johari, Etika Professional, 2001, Penerbit UTM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment