Blog ini bukan sebarang blog.. Blog ini dihasilkan sebagai platform dari hati ke hati ruang pembaca yang melayarinya khususnya dari perkongsian ilmu.. Baik nota akademik, mahupun ruangan santai seperti seperti perkongsian hidup saya mahupun cerpen.. Saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dari segi kata kata yang cuba disampaikan saya di dalam blog ini.. Akhir kata, semoga dimanfaatkan bersama blog ini.. Jazakallah, Wassalam..
Tuesday, 20 December 2016
I.n.t.e.n.s.i.f
I.n.t.e.n.s.i.f
Bismillah,
Pembuka bicara yang admin sampaikan sebelum memulakan bicara. Agak beberapa bulan admin,
jarang mengupdatekan blog admin. Mungkin kekangan masa antara kerja di sekolah dengan tugasan
laporan amali dan tugasan lain khususnya berkumpulan. Baik daripada kursus teras ataupun universiti.
I.n.t.e.n.s.i.f
Berbalik dengan satu perkataan yang mempunyai tujuh huruf di atas, sekali diimbas dan diperhati dengan maksud mendalam, mungkin, menggerunkan, khususnya buat golongan insan yang bergelar pelajar jarak jauh termasuk admin. Sejujurnya, walaupun admin, belum sempat ataupun merasai kursus intensif memandangkan dek admin terpaksa menangguhkan @ melanjutkan pengajian atas
dasar kerja. Namun, berdasarkan daripada pengalaman senior yang admin pernah jumpa walaupun sekejap terutamanya kalau tak seingat dan tak lupa admin, sewaktu senior tahun akhir (sekarang dah konvo tahun ini dalam beberapa tahun lalu.) Intensif memang benar mengerunkan, tetapi kalau dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sememangnya menyeronokkan. Tambah - tambah lagi buat diri admin yang juga sejujurnya tak sabar mengikuti bagaimana sistem kursus intensif dijalankan di kampus induk USM tidak beberapa bulan @ minggu sahaja lagi. Mana taknya, berdasarkan daripada sidang lepas, siapa tak sedih, dikala semangat berkobar - kobar nak pergi intensif dengan dapat menghantar kebanykan kesemua tugasan, tiba - tiba, angin taufan mana entah yang membuatkan harapan admin yang sepatutnya sekarang masuk tahun kedua hancur berkecai, disebabkan ......
(tak confirm lagi), ops, terbongkar rahsia, haha.. Tak apalah, untuk yang sidang tahun terkini, alhamdulillah, majikan dan pentadbir atas, mendorong dan memahami situasi admin.Sekaligus, admin mencari strategi dalam persiapan sama pra mahupun sewaktu di intensif.
Jadi, dengan iktibar situasi di atas, ada sedikit tips, yang admin boleh kongsi. Buat rakan yang melawat atau terlawat blog admin, maafkan admin, kalau mungkin kurang jelas luahan hati "based on" situasi yang admin alami. Maklumlah mungkin kejutan budaya.
#Dihighlightkan sebelum intensif
Antara tips :
1. Rancang cuti dengan sebaik mungkin. Kalau dapat cuti CKS berdasarkan daripada pekeliling
(pekeling 7/2009), Cari dalam internet ada. Kalau dapat apply dan dapat lagi bagus. Bergantung kepada majikan. Bincang dengan majikan masing - masing sebaik mungkin.
2. Kalau tak dapat cuti CKS atau dipendekkan cerita tak dapat fully pergi intensif, setidak paling teruk, pergilah waktu hari pertama (daftar kursus intensif di PPPJJ dan bilik di desasiswa masing - masing sepanjang tempoh intensif berjalan) dan hari yang ada penilaian @ peperiksaan berterusan (PB).
(Rujuk pada jadual intensif).
*Nampak penat tapi itulah pengorbanan yang diperlukan sebagai pelajar jarak jauh. Insya Allah, Alah bisa tegal bisa.
3. Kepada sesiapa yang ambil kos sains macam admin yang ada amali. Admin sarankan pergi amali sebelum intensif. Kenapa? percayalah waktu intensif, sesungguhnya, ketika itu sangat sibuk. Macam admin katakan tadi, walaupun admin belum pernah dan tidak sempat merasai sendiri intensif pada sidang sebelumnya, admin dapat melihat sendiri jadual tersebut. sungguh sibuk dan padat. Tapi admin tidak memaksa. Cuma rancang baik - baik, dan sesungguhnya bebanan masa untuk hadir ke PB dan kuliah kurang.
4. Sebelum nak sambung degree sama ada PJJ atau sepenuh masa ke, make sure, confirm dulu yer!, jangan jadi macam admin. Haha, terlalu ghairah nak sambung.
Apapun semoga urusan pengajian atau kerja admin dapat dipermudahkan sepanjang tahun ini dan sidang akademik terkini.
Walaupun tips tak banyak, sedikit sebanyak, mungkin admin boleh membantu rakan - rakan lain.
Akhir kalam, selamat maju jaya, selamat tahun baru, selamat berintensif !! =D
Arigato, syukran, thank you, terima kasih.. =D
Farhan Latif,
Mahasiswa pemerhati bisu,
berkobar pergi intensif.
20 Disember 2016,
20 Rabiulawal 1438H
Lanchang, Pahang
10.25 malam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment