Saturday, 31 December 2016

2017 - azam baru VS igauan baru?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.h,

Sedar atau tidak, tahun 2016, telah melabuhkan tirai sekaligus bakal meninggalkan kita beberapa jam sahaja lagi.

Kalau nak diceritakan admin sepanjang 2016 sememangnya terlalu banyak kenangan manis pahit, suka, duka, mahupun iktibar sampaikan diri sendiri tidak tahu yang mana untuk diluah atau dikongsi 
dalam blog ini. Khususnya dari awal tahu sehingga akhir tahun.



----------------------------------------- Azam baru VS Igauan Baru ----------------------------------------------

 Berbalik kepada topik utama yang admin (saya) utarakan di dalam blog ini. Sebenarnya,
saya sendiri pun tidak menafikan atau menyangkal lagi, bila sebut tahun baru, pasti masing - masing
ada azam baru,termasuk saya sendiri yang azam mereka mungkin membawa ke arah yang lebih memotivasikan diri. Persoalannya adakah azam yang ditanam itu menjadi nyata atau lebih banyak igauan ngeri atau dugaan hidup yag mendatang dek disebabkan kerana azam yang tak tercapai atau tertangguh.

Tak mengapa. dalam hidup ini, berpegang kepada prinsip, setiap apa rancang di dalam hidup, semuanya Allah s.w.t yang tentukan. Contoh macam saya sendiri, Niat asal azam, lepas habis diploma secara sepenuh masa. Nak buat degree, full time (sepenuh masa). Siapa sangka dikira takdir,
dua bulan lepas graduasi diploma kira - kira 2 tahun yang lalu, Saya telah ditawarkan pekerjaan (bekerja sehingga hari ini). selaku pembantu makmal di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia di sebuah sekolah menengah di pedalaman Pahang. Pada hujung tahun tersebut.
Sungguhpun berat hati, namun atas "paksaan" (tersirat) dorongan keluarga yang sangat ingin saya menongkah alam pekerjaan. Saya teruskan. Dan Alhamdulillah, sungguhpun hampir tiga tahun (2017)
saya telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam. Saya masih bertahan dalam karier saya biarpun sejujurnya banyak dugaan dan cabaran  yang saya tempuh (kadangkala) mungkin daripada khilaf saya sendiri. Nak berhenti pun ada. Nampak lucu pada saya, sedih pun ada, kerana mungkin tekanan yang terlalu sangat. Kejutan budaya pun. Serius, kadang kadang mungkin ambil masa nak sesuaikan diri dalam kehidupan semasa. Tak mengapa, itu kenangan lama sekaligus iktibar dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang.

Azam? Mungkin azam saya tidaklah seperfecto  untuk masa akan datang. Cuma azam untuk saya
ialah saya cuba menjadi seorang pelajar jarak jauh, pekerja, rakan sekerja dan rakan belajar yang baik serta tidak melupakan tangungjawab sebagai anak yang baik dengan yang terbaik dan sebaik mungkin
selagi saya bernafas dalam muka bumi Allah ini.

Akhir kata, semoga tahun 2017, memberi sinar baru kepada saya, serta kenalan hidup saya sama ada sengaja atau tidak sengaja baik keluarga, guru-guru, pensyarah yang saya kenal dalam menjalani kehidupan seharian.

Selamat Belajar Menempuh Kehidupan Seharian! Selamat tahun baru 2017! Selamat bakal menjalani alam mahasiswa penuh masa (intensif) ! Jumpa lagi pada masa akan datang (tahun hadapan) a.k.a esok.

Wassalam. =)

Farhan Latib
Kuala Kangsar
Lebuhraya Utara Selatan
11.44 pm
31 Disember 2016 

No comments:

Post a Comment