JUS 101 TERAS KEUSAHAWANAN
Bab 1: Usahawan dan Keusahawanan
1. Definisi usahawan
- Mempunyai persamaan dengan perkataan Inggeris iaitu entrepreneur.
- Entrepreneur - Berasal daripada perkataan Perancis, entreprendre bermaksud memikul tugas
dan tanggungjawab.
- Perkataan Entrepreneur digunakan semenjak tahun 1775 oleh Richard Cantillion yang merujuk
kepada maksud kegiatan dalam keusahawanan.
- Ringkasnya, usahawan ialah individu (lelaki atau wanita) yang boleh mengambil idea daripada
inovasi yang berlaku dalam persekitaran kehidupan mereka, mencipta atau menambahbaik atau
menginovasi satu produk daripada idea tersebut, berupaya mengeluarkan produk tersebut untuk
memenuhi permintaan daripada umum, kerajaan malahan pihak ketenteraan.
- Selain itu, seseorang usahawan memiliki kebolehan mengurus ramai orang dan
merancang banyak tugas pada satu masa yang diberikan.
- Mereka juga seorang yang suka mencipta, boleh mengatur sumber-sumber, mengatur orang lain,
menguruskan masa, keperluan, kehendak, wang orang lain, menguruskan masa, keperluan,
kehendak, wang orang lain serta mengambil peluang yang ada sedangkan orang lain tidak.
- Mereka juga boleh menerima tahap risiko tertentu, mengambil risiko dan kurang mengalah
disebabkan penentangan pendapat daripada orang lain terhadap idea inovatif mereka.
- Selain itu, terdapat pengertian lain kepada perkataan usahawan seperti berikut :
a) Joseph A.Schumpeter (1934), bukunya berjudul Theory of Economics Development -
menyatakan usahawan ialah seorang inovator yang mengakibatakan berlaku suatu
pembaharuan.
b) David McClelland (1961) - Individu yang sanggup mengambil risiko yang terkira.
Terkira - Individu membuat pengiraan mengenai untung atau rugi apabila mengambil
risiko atau menceburi perniagaan.
c) Peter Drucker (1964) - Seorang yang mempunyai kebolehan mengenalpasti peluang serta
mengambil peluang sepenuhnya.
d) Carland (1984) - Individu yang menubuhkan perniagaan dan menguruskannya untuk
mendapatkan untung dan untuk terus berkembang.
e) Frederick, Kuratko dan Hodgetts (2007) - Individu yang dapat mengenal pasti peluang
dalam persekitaran tidak menentu, dan mereka menjadi agen perubahan yang
agresif dalam pasaran.
- Keseluruhannya, usahawan ialah seorang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan
sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya.
- Selain itu, usahawan juga boleh dikenali apabila seseorang yang memulakan perniagaan atau
membeli perniagaan yang dimulakan orang lain.
- Usahawan adalah seorang seorang pengurus yang menerajui perniagaannya dan dapat menuntut
hak keempunyaan ke atas perniagaan tersebut.
2. Definisi Keusahawanan
a) Yep Putih (1989) - Keusahawanan dikatakan satu kebolehan, kemampuan, dan kecenderungan
melakukan perkara berikut:
i) Mengenal pasti peluang perniagaan.
ii) Mengendalikan usaha perniagaan menguntnugkan dirinya sendiri dan orang ramai.
iii) Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang memenuhi keperluan orang ramai.
iv) Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan masyarakat.
v) Mengambil risiko yang diperhitungkan (calculated risk).
vi) Mentadbir dan menggunakan faktor - faktor pengeluaran dalam menghasilkan
pembangunan ekonomi serta kbajikan sosial.
vii) Berusaha dan bersedia membuat pembaharuan yang boleh meningkatkan daya
pengeluaran dari semasa ke semasa.
b) Ronstat (1984) - Proses dinamik yang mewujudkan kekayaan berganda. Kekayaan berganda
diwujudkan oleh individu yang mempunyai visi, matlamat untuk berubah serta sanggup
mengambil pelbagai risiko termasuk modal, masa, komitmen dan kerjaya.
Ringkasnya, keusahawanan ialah kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah
kepada diri sendiri tetapi dapat membangunkan ekonomidengan pesat memberi sumbangan
kepada orang lain.
3. Perbezaan antara Usahawan dengan Keusahawanan
- Suatu bidang dinamik yang boleh mewujudkan penambahan kekayaan kepada individu yang menceburinya. |
4. Peranan usahawan dalam masyarakat dan negara
a) Mengambil risiko untuk menceburi bidang perniagaan yang baru, yang memerlukan
pelaburan modal insan dan kewangan.
b) Mewujudkan pekerjaan untuk masyarakat.
c) Meningkatkan tahap ekonomi masyarakat melalui peluang perniagaan dan pekerjaan
dan pekerjaan yang disediakan mereka.
d) Meningkatkan potensi modal insan melalui pengoptimum guna tenaga dan latihan
kepakaran diberikan kepada modul insan.
e) Mempertingkatkan daya saing negara di mata dunia dengan meneroka dan penglibatan
usahawan dalam pelbagai jenis bidang perniagaan.
(Sumber rujukan : Teras Keusahawanan, Mohd Shafie Ariffin, Mohamad Azim
Shafeeyullagan, McGrawHill Asia, 2009)
No comments:
Post a Comment