Sungguhpun begitu, saya tetap cuba kuatkan hati dengan dugaan yang diberi atau diuji olehnya. Antara perkara malang yang telah hadapi ,
Saya dimarahi dan diserang secara mengejut oleh seorang guru ini (Maaf saya tak dapat dedahkan nama beliau, ) kerana menjual air kotak di dalam makmal. (Sekali lagi, maaf. Seperti yang saya ingin katakan di sini, based on s.o.p yang saya tahu, sememangnya tidak ada, makmal yang menjual air kotak. Cuma, makmal tempat saya "posting" sekarang yang jual "air kotak" dalam peti sejuk yang mana sepatutnya simpan bahan kimia. Well, saya tak nak bercerita panjang berjela - jela pasal makmal dan air kotak, cuma apa yang saya nak "highlight" di sini, being positif, sometimes, walaupun si cikgu ''b" ni jual air kotak dalam makmal, tapi tak boleh salahkan dia juga, sebab ye lah tempat saya ''posting'' ni jugalah duit sekolah tak banyak. Tak banyak, macam mana, nak beli bahan kimia, nak ganti bahan radas rosak bagai. Haishh. Bukan semua barang dalam makmal tu yang murah - murah, mahal kot. Kalau ikutkan nak gaduh saje semalam, tapi malaslah, hanya benda kecil sahaja, nak gaduh. Apapun sabar ye, admin. Nama pun kerja. Kerja dengan orang ni. Macam - macam ragam orang kita jumpa. Samalah jugak kalau pergi tempat kerja lain. Sama je. Sabar na..
Time balik rumah. Time tu saya nak sediakan makan petang, just ala kadar, maklumlah bila dah lepas raya ni, banyak duit yang pakai.. hmmm, pokai jap.. makan je la apa yang ada. Waktu tu aku buat jemput masin, dengan air panas. Nak pendekkan cerita, mungkin salah saya, biarkan dapur macam tu je dengan keadaan terbuka api.. Apa taknya, bila terleka tengok movie.. saya terbau benda hangit..so, bila dah bau nenda pelik tu, terus pergi dapur. Tengok - tengok api dah besar. Panik dengan keadaan macam tu, saya nampak pemadam api, tapi dengan keadaan yang tak tahu. Saya pergi kunci rumah, niat nak minta tolong dengan pak guard tu. Tapi, nak jadi teringat , mungkin terlampau panik, ada baldi dengan air, apa lagi, saya ikhtiar, alhamdulillah, saya bersyukur , api dalam kuali dapat padam sebelum merebak ke tempat lain, cuma soket @ suis bilik ampaian belakang yang tak boleh pakai, sebab termakan api yang menyambar soket. Suos dekat bilik ampaian dan basuh baju pun tak boleh pakai sebab api menyambar sikit.
Sekarang, masalah yang saya duga ni pulak, kunci rumah hilang, aduh, bala apa lagi yang saya dapat. Sekarang saya tak boleh keluar mana - mana, nak cari barang tak boleh, mungkin gara - gara panik semalam,nak minta tolong orang, saya terus capai kunci tu, then, tak tahu mana pula pergi, aduh, satu satu , kebodohan dan cuai yang masih aku ada sampai hari ini. Akibatnya, tak pergilah ke kerja hari ini, terpaksa ambil mc, nak ambil cuti, cuti makin sikit. inipun kalau dapat pergi klinik, kalau dapat jumpa kunci tu, hmmm.. Tak palah, admin, sabarlah mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.
Sebahagian ruang dapur rumah yang disambar api.. Syukur, alhamdulillah, harap kejadian sebegini tak berlaku lagi..
Hmmm, lepas ni, admin jangan buat lagi yerr, benda pelik - pelik ni tau.. pengajaran untuk minggu ni..
No comments:
Post a Comment