Saturday, 31 December 2016

2017 - azam baru VS igauan baru?

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.h,

Sedar atau tidak, tahun 2016, telah melabuhkan tirai sekaligus bakal meninggalkan kita beberapa jam sahaja lagi.

Kalau nak diceritakan admin sepanjang 2016 sememangnya terlalu banyak kenangan manis pahit, suka, duka, mahupun iktibar sampaikan diri sendiri tidak tahu yang mana untuk diluah atau dikongsi 
dalam blog ini. Khususnya dari awal tahu sehingga akhir tahun.



----------------------------------------- Azam baru VS Igauan Baru ----------------------------------------------

 Berbalik kepada topik utama yang admin (saya) utarakan di dalam blog ini. Sebenarnya,
saya sendiri pun tidak menafikan atau menyangkal lagi, bila sebut tahun baru, pasti masing - masing
ada azam baru,termasuk saya sendiri yang azam mereka mungkin membawa ke arah yang lebih memotivasikan diri. Persoalannya adakah azam yang ditanam itu menjadi nyata atau lebih banyak igauan ngeri atau dugaan hidup yag mendatang dek disebabkan kerana azam yang tak tercapai atau tertangguh.

Tak mengapa. dalam hidup ini, berpegang kepada prinsip, setiap apa rancang di dalam hidup, semuanya Allah s.w.t yang tentukan. Contoh macam saya sendiri, Niat asal azam, lepas habis diploma secara sepenuh masa. Nak buat degree, full time (sepenuh masa). Siapa sangka dikira takdir,
dua bulan lepas graduasi diploma kira - kira 2 tahun yang lalu, Saya telah ditawarkan pekerjaan (bekerja sehingga hari ini). selaku pembantu makmal di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia di sebuah sekolah menengah di pedalaman Pahang. Pada hujung tahun tersebut.
Sungguhpun berat hati, namun atas "paksaan" (tersirat) dorongan keluarga yang sangat ingin saya menongkah alam pekerjaan. Saya teruskan. Dan Alhamdulillah, sungguhpun hampir tiga tahun (2017)
saya telah berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam. Saya masih bertahan dalam karier saya biarpun sejujurnya banyak dugaan dan cabaran  yang saya tempuh (kadangkala) mungkin daripada khilaf saya sendiri. Nak berhenti pun ada. Nampak lucu pada saya, sedih pun ada, kerana mungkin tekanan yang terlalu sangat. Kejutan budaya pun. Serius, kadang kadang mungkin ambil masa nak sesuaikan diri dalam kehidupan semasa. Tak mengapa, itu kenangan lama sekaligus iktibar dalam menjalani kehidupan pada masa akan datang.

Azam? Mungkin azam saya tidaklah seperfecto  untuk masa akan datang. Cuma azam untuk saya
ialah saya cuba menjadi seorang pelajar jarak jauh, pekerja, rakan sekerja dan rakan belajar yang baik serta tidak melupakan tangungjawab sebagai anak yang baik dengan yang terbaik dan sebaik mungkin
selagi saya bernafas dalam muka bumi Allah ini.

Akhir kata, semoga tahun 2017, memberi sinar baru kepada saya, serta kenalan hidup saya sama ada sengaja atau tidak sengaja baik keluarga, guru-guru, pensyarah yang saya kenal dalam menjalani kehidupan seharian.

Selamat Belajar Menempuh Kehidupan Seharian! Selamat tahun baru 2017! Selamat bakal menjalani alam mahasiswa penuh masa (intensif) ! Jumpa lagi pada masa akan datang (tahun hadapan) a.k.a esok.

Wassalam. =)

Farhan Latib
Kuala Kangsar
Lebuhraya Utara Selatan
11.44 pm
31 Disember 2016 

Tuesday, 20 December 2016

JUR 101 Etika Professional (Bab 2) ~ Teori Keperibadian Mulia


                                                 Bab 2 - Pemikiran Dan  Teori Etika

 
  A. TEORI KEPERIBADIAN MULIA

  1. Teori Keperibadian Mulia

  a) Aristotle (384 - 322 s.m)
      - Menyatakan bahawa peribadi mulia dianggap satu keperluan untuk
        membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yang rasional secara                                                       berkesan..

  b) Di dalam teori tersebut, ia telah menekankan kebolehan untuk mendapatkan keseimbangan antara
      dua yang keterlaluan dalam perlakuan, emosi, keinginan dan sikap.

  c) MacIntyre
      - Telah mengaplikasi teori keperibadian mulia ini dalam kajiannya tentang pemikiran
        etika professional.
      - Memperkenalkan istilah amalan sosial (aktiviti bekerjasama yang bertujuan mencapai kebaikan
        umum.
      - Dikenali sebagai kebaikan dalaman (merujuk kepada semua golongan yang terlibat.) dan
        berbeza daripada kebaikan luaran (wang dan prestij yang boleh diperoleh melalui aktiviti
        lain dan tidak merujuk kepada amalan tertentu.).


  2. Kebaikan Diri Sendiri

  a) Merupakan asas dan panduan dalam pengalaman autonomi serta tanggungjawab moral di mana
      memberi penekanan kepada kefahaman dan keprihatinan terhadap prinsip moral.

  b) Penekanan seterusnya adalah tentang komitmen terhadap sesuatu tindakan dan menjadikan
      kefahaman (penghayatan) kepada tindakan seperti keberanian, disiplin diri, menghormati diri
      sendiri, kejujuran dan ketulusan, ketabahan dan ketaatan terhadap komitmen.


  3. Kebaikan Untuk Masyarakat

  a) Mementingkan kebaikan yang akan diperoleh klien dan masyarakat umum berikutan sesuatu  
      tindakan.

  b) Perkara yang diutamakan ialah keadilan dalam hal menghormati hak seseorang seperti hak
      yang mempunyai risiko.

  c) Kebaikan minimum yang perlu dilakukann ialah tidak melakukan keburukan (kemudaratan)
      kepada orang lain.

  d) Aspek - aspek lain yang ditekankan ialah sikap murah hati, kesediaan membantu orang lain
      dan sanggup menyumbang masa, bakat dan wang secara sukarela demi kebaikan profesion
      berkenaan dan masyarakat umum.


 4. Kebaikan Kepada Kumpulan

  a) Aspek yang ditekankan termasuklah semangat rakan sejawat, bekerjasama, kebolehan
      komunikasi secara berkesan dan menghormati undang-undang.

  b) Aspek lain seperti kesetiaan terhadap majikan juga diambil kira iaitu taat dan setia
      sepenuhnya bagi pihak kepentingan majikan.

  c) Kepimpinan untuk memikul tanggungjawab dan memberi motivasi kepada orang lain
      dalam mencapai suatu matlamat tertentu.


5. Kebaikan Kemahiran

 a) Menitikberatkan soal penguasaan amalan kemahiran dalam bidang profesion tertentu.

 b) Mempunyai kait rapat dengan sifat integriti dan menghormati diri sendiri.

 c) Antara ciri - ciri di dalam kebaikan kemahiran ialah :

     i) Integriti
 
     -  Integriti moral - Kesatuan keperibadian berasaskan keprihatinan moral iaitu berasaskan
                                   kejujuran.
                                -  Merupakan kesinambungan hubungan antara sikap, emosi dan tingkah laku
                                   dalam membuat justifikasi moral sekaligus merupakan jambatan antara
                                   tanggungjawab persendirian dengan kehidupan sebagai professional.

      ii) Kejujuran

      - Melibatkan dua aspek penting (ketulusan dan kepercayaan).

      - Melibatkan beberapa situasi, contohnya :

        a) Jujur dalam tindakan secara umum - Merujuk kepada amalan menghormati
                                                                       harta benda orang lain. (Mencuri, Rasuah)

        b) Jujur dalam percakapan - Tidak menipu, tidak secara sengaja mengelirukan orang lain
                                                      sama ada berpura - pura, berbohong.

        c) Jujur dalam kepercayaan - Membina kepercayaan yang rasional dalam diri seseorang
                                                       tanpa menipu dirinya sendiri dan tanpa paksaan atau berat
                                                       sebelah.


       iii) Pertimbangan

       -  Jujur adalah merupakan asas utama sifat keperibadian mulia dalam hubungan di antara
          professional dengan majikan dan kliennya

       - Sehubungan dengan itu, hubungan adalah berdasarkan kepercayaan bahawa seseorang
         professional akan melaksanakan khidmat yang telah diamanahkan secara berkesan.


       iv) Menghormati diri

        -  Menghormati diri ialah menilai diri sendiri berdasarkan pertimbangan moral yang sesuai.

        - Di dalam sifat menghormat diri, self-respect dan self-esteem ada saling kaitan.

        - Beza di antaranya ialah self-esteem merupakan konsep psikologi manakala self-respect adalah
          adalah konsep moral.

        - Mempunyai kaitan dengan sifat kebaikan utama. Integriti adalah menyumbang kepada
          ke arah menghormati diri dan dalam masa yang sama memberikan motif yang utama dalam
          mengekalkan sesebuah integriti.


       v) Rasa tanggungjawab

        - Apabila seseorang mengatakan bahawa seseorang itu bertanggungjawab, sebenarnya seseorang
          itu telah memberi tanggapan umum terhadap sifat kebaikan orang itu.

        - Sementara itu, mempunyai tanggnungjawab moral pula adalah semata - mata sebuah obligasi
          atau tugas untuk melakukan tindakan yang betul dari segi moral.

        - Walaubagaimanapun, kadang - kadang juga seseorang itu telah meletakkan tanggungjawab ke
          atas seseorang berdasarkan sesuatu pemerhatian secara keseluruhan dan bukannya letak pada
          aspek tertentu dari segi tingkah lakunya.

        - Apabila telah memperkatakan isu salah laku tanggungjawab, tanggungjawab itu juga telah
          membawa maksud satu pencelaan. Sementara itu, konsep tingkah laku yang betul juga turut
          disinonimkan dengan satu pujian.


     Sumber Rujukan : M. Janib Johari, Etika Professional, 2001, Penerbit UTM


   
     



   
                   


I.n.t.e.n.s.i.f


I.n.t.e.n.s.i.f

Bismillah,

Pembuka bicara yang admin sampaikan sebelum memulakan bicara. Agak beberapa bulan admin,
jarang mengupdatekan blog admin. Mungkin kekangan masa antara kerja di sekolah dengan tugasan
laporan amali dan tugasan lain khususnya berkumpulan. Baik daripada kursus teras ataupun universiti.


I.n.t.e.n.s.i.f

Berbalik dengan satu perkataan yang mempunyai tujuh huruf di atas, sekali diimbas dan diperhati dengan maksud mendalam, mungkin, menggerunkan, khususnya buat golongan insan yang bergelar pelajar jarak jauh termasuk admin. Sejujurnya, walaupun admin, belum sempat ataupun merasai kursus intensif memandangkan dek admin terpaksa menangguhkan @ melanjutkan pengajian atas
dasar kerja. Namun, berdasarkan daripada pengalaman senior yang admin pernah jumpa walaupun sekejap terutamanya kalau tak seingat dan tak lupa admin, sewaktu senior tahun akhir (sekarang dah konvo tahun ini dalam beberapa tahun lalu.) Intensif memang benar mengerunkan, tetapi kalau dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sememangnya menyeronokkan. Tambah - tambah lagi buat diri admin yang juga sejujurnya tak sabar  mengikuti bagaimana sistem kursus intensif dijalankan di kampus induk USM tidak beberapa bulan @ minggu sahaja lagi. Mana taknya, berdasarkan daripada sidang lepas, siapa tak sedih, dikala semangat berkobar - kobar nak pergi intensif dengan dapat menghantar kebanykan kesemua tugasan, tiba - tiba, angin taufan mana entah yang membuatkan harapan admin yang sepatutnya sekarang masuk tahun kedua hancur berkecai, disebabkan ......
(tak confirm lagi), ops, terbongkar rahsia, haha.. Tak apalah, untuk yang sidang tahun terkini, alhamdulillah, majikan dan pentadbir atas, mendorong dan memahami situasi admin.Sekaligus, admin mencari strategi dalam persiapan sama pra mahupun sewaktu di intensif.

Jadi, dengan iktibar situasi di atas, ada sedikit tips, yang admin boleh kongsi. Buat rakan yang melawat atau terlawat blog admin, maafkan admin, kalau mungkin kurang jelas luahan hati "based on" situasi yang admin alami. Maklumlah mungkin kejutan budaya.

#Dihighlightkan sebelum intensif

Antara tips :

1. Rancang cuti dengan sebaik mungkin. Kalau dapat cuti CKS berdasarkan daripada pekeliling
(pekeling 7/2009), Cari dalam internet ada. Kalau dapat apply dan dapat lagi bagus. Bergantung kepada majikan. Bincang dengan majikan masing - masing sebaik mungkin.

2. Kalau tak dapat cuti CKS atau dipendekkan cerita tak dapat fully pergi intensif, setidak paling teruk, pergilah waktu hari pertama (daftar kursus intensif di PPPJJ dan bilik di desasiswa masing - masing sepanjang tempoh intensif berjalan) dan hari yang ada penilaian @ peperiksaan berterusan (PB).
(Rujuk pada jadual intensif).

*Nampak penat tapi itulah pengorbanan yang diperlukan sebagai pelajar jarak jauh. Insya Allah, Alah bisa tegal bisa.

3. Kepada sesiapa yang ambil kos sains macam admin yang ada amali. Admin sarankan pergi amali sebelum intensif. Kenapa? percayalah waktu intensif, sesungguhnya, ketika itu sangat sibuk. Macam admin katakan tadi, walaupun admin belum pernah dan tidak sempat merasai sendiri intensif pada sidang sebelumnya, admin dapat melihat sendiri jadual tersebut. sungguh sibuk dan padat. Tapi admin tidak memaksa. Cuma rancang baik - baik, dan sesungguhnya bebanan masa untuk hadir ke PB dan kuliah kurang.

4. Sebelum nak sambung degree sama ada PJJ atau sepenuh masa ke, make sure, confirm dulu yer!, jangan jadi macam admin. Haha, terlalu ghairah nak sambung.

Apapun semoga urusan pengajian atau kerja admin dapat dipermudahkan sepanjang tahun ini dan sidang akademik terkini.

Walaupun tips tak banyak, sedikit sebanyak, mungkin admin boleh membantu rakan - rakan lain.
Akhir kalam, selamat maju jaya, selamat tahun baru, selamat berintensif !!  =D

Arigato, syukran, thank you, terima kasih.. =D

Farhan Latif,
Mahasiswa pemerhati bisu,
berkobar pergi intensif.

20 Disember 2016,
20 Rabiulawal 1438H
Lanchang, Pahang
10.25 malam