Assalamualaikum sebagai pembuka bicara,
Syukur alhamdulillah, minggu ini genap usiaku yang ke 22 tahun pada rabu yang lalu. Sekali lagi syukur, aku panjatkan kepadamu kerana masih diberi nafas baru, peluang baru untuk terus hidup.
Hidup sebagai khalifah di muka bumi yang penuh dengan banyak cabaran, ujian dan pengalaman baru yang perlu aku lalui dan terokai.
Terima kasih, tak terhingga buat ayahandaku, Abd Latib bin Othman, dan bondaku Zarina binti Haji Hassan kerana membesar anakanda dengan penuh kasih sayang dalam erti kata lain didikan dalam pelbagai aspek, baik rohani mahupun jasmani.
Terima kasih jua, buat kedua-dua darah dagingku, Nurul Farah Hanis Binti Abd Latib dan Nurul Faiqah Hani Binti Abd Latib kerana bersama-sama lalui pengalaman pahit atau manis bersama, biarpun kini aku berjauhan dengan mereka. Dengan pelbagai komitmen dan tanggungjawab yang dipikul.
Terima kasih jua buat rakan-rakanku yang sudi menjadi tulang belakangku sama ada baru ku kenal ataupun telah lama kenal walaupun hampir tidak ingat (dari zaman sekolah rendah sehingga ke alam menara gading) ataupun secara tidak sengaja.
Akhir kalam, semoga Allah sahaja membalas jasa kalian dan aku antara satu sama lain.. Semoga ukhwahku antara mereka semua terus terjalin sehingga akhir hayatku.
No comments:
Post a Comment