Assalamualaikum w.b.h, syukur alhamdulillah, akhirnya selesai jua amali biologi jib 116, Animal Diversity, setelah 4 hari aku berkampung di sini dari khamis sehingga hari ini. Walaupun berlangsung selama 3 hari iaitu dari hari jumaat, pelbagai ilmu yang aku pelajari baik akademik mahupun sekeliling, memandangkan aku bukan shj mengalas tanggungjawab sebagai penjawat awam, tapi juga serang mahasiswa alam maya a.k.a jarak jauh. Antara ilmu yang aku peroleh, ialah jika sebelum ini aku menyatakan pelajar penuh masa begitu sibuk dengan pelbagai jadual jika dibandingkan pelajar jarak jauh, namun, akhirnya, tanggapan aku selama ini, salah belaka. Sebenarnya, menjadi pelajar jarak jauh lebih banyak cabaran jika dibandingkan pelajar penuh masa. Kenapa aku persoalkan hal ini, kerana cuba bayangkan dalam temph 3 hari itu juga kamu mesti siapkan dan hantar kesemua kelima laporan amali yang dilaksanakan itu dalam waktu itu juga. Apa yang disimpulkan ialah masa, nak jadi pelajar jarak jauh hendaklah pandai bhgikan masa, masa bekerja, masa belajar, masa2 lain yang sepatutnya. Nak katakan marah pada awal memang ada, bukan marah jer, geram, stres, tertekan. memang tak nafi, tambah2 kalau kita merasakan benda pada awal macam terkongkong ataupun situasi lain mcm kena paksa buat benda yang tak rasa, ye lah siapalah yang tak suka, stres kan, Tak apalah mula2 tak suka, lama2 alah biasa tegal biasa, biar susah2 dulu senang2 baru boleh berjaya..

Sebahagian daripada 3 hari menjalankan amali,
Akhir kalam, setiap pahit dalam hidup, pasti manis dalam tempuh kejayaan..
No comments:
Post a Comment