JUR 101 Etika Professional
Bab 1 : Skop dan kajian etika professional
1. Pendahuluan
- Secara umumnya, kajian tentang etika professional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam sesuatu bidang profesion serta tingkah laku terhadap golongan professional dalam masyarakat.
2. Profesion dan professional
- Profesion biasanya telah disinonimkan dengan sesebuah pekerjaan.
- Sementara itu, professional dalam suatu profesion ialah seseorang itu telah menganggap
profesionnya sebagai aktiviti sumber dalam menjana pendapatan tetapnya.
__________________ O _________________________________ O ___________________
- Menurut Martin dan Schinzer (1996), Bayles (1981), perkataan profesion dan profesional hanya boleh digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu di mana telah memenuhi kriteria khusus seperti berikut :
a) Ilmu pengetahuan
- Kerja atau professional yang memerlukan pengetahuan dari segi ' bagaimana' dan 'apa'
kemahiran yang sofistikated (
knowing - how) dan ilmu teori (
knowing) untuk membuat penilaian
dan melakukan budi bicara.
b) Latihan intensif dan berterusan
- Sebagai kriteria menjadi seorang doktor, peguam atau seorang jurutera, mereka terpaksa
mengikuti kursus yang menawarkan komponen intelektual di universiti selama 4 hingga 6 tahun.
Berbanding dengan seorang tukang gunting rambut, tukang jahit dan pengikat batu - bata yang
hanya tertumpu kepada kemahiran fizikal atau psikomotor.
c) Perkhidmatan penting untuk masyarakat
- Profesional memberikan perkhidmatan yang penting untuk masyarakat agar ia dapat terus
berfungsi.
Sebagai contoh : Seorang doktor telah bertanggungjawab terhadap hal kesihatan, peguam
bertanggungjawab dalam melindungi hak sesorang hak seseorang dan
jurutera bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kebajikan awam.
d) Badan profesional
- Semua bidang professional mempunyai badan professional yang mewakili mereka.
- Di Malaysia, terdapat badan - badan professional seperti berikut :
i) Doktor - Persatuan Perubatan Malaysia
ii) Peguam - Majlis Peguam Malaysia
iii) Jurutera - Lembaga Jurutera Malaysia
iv) Arkitek - Pertubuhan Arkitek Malaysia
v) Akauntan - Institut Perakaunan Malaysia
vi) Kaunselor - Persatuan Kaunseling Malaysia
- Kesemua badan - badan ini telah bertanggungjawab dalam menentukan standard dalam
profesion berkenaan, menyediakan kod etika dan mengawal tingkah laku setiap ahlinya.
e) Pensijilan (Pentauliahan)
- Pengamal dalam sesuatu profesion hendaklah mendapat sijil atau lesen yang dikeluarkan oleh
badan professional masing - masing.
f) Bersifat autonomi
- Biasanya, setiap profesional mempunyai autonomi dalam membuat sebarang keputusan penting
dan penilaian mengenai hal - hal berkaitan dengan profesionnya.
Sebagai contoh : Doktor - Membuat penilaian tentang prosedur terperinci dalam
pembedahan terhadap pesakitnya.
Peguam - Merangka draf perjanjian sesuatu kontrak untuk pelanggannya.
- Profesion terbahagi kepada dua kumpulan ;
a) Profesion perunding
b) Profesion bergaji
_____________________ O ___________________________O_________________________
a) Profesion perunding
- Bertindak sebagai bagi pihak individu yang menjadi kliennya.
b) Profesion bergaji
- Profesion seperti pensyarah, penyelidik dan jurutera yang makan gaji kebiasaannya
mempunyai banyak klien atau tidak langsung pada satu - satu masa.
- Menjalankan tugas seperti diarahkan pihak atasan institusi tempat mereka bekerja.
3. Tiga ciri utama profesional perunding.
a) Memberikan perkhidmatan yang penting
- Sebagai contoh, jurutera dan arkitek perunding telah menyedia dan mereka bentuk struktur dan
kemudahan yang perlu dalam kehidupan moden seperti rumah, bangunan, dan sistem
pengangkutan .
- Hal berkaitan kesihatan hendaklah bergantung kepada perkhidmatan doktor.
- Segala penentuan, keadilan hendaklah bergantung kepada profesion guaman.
- Akauntan bertanggungjawab sebagai juruaudit dalam memastikan integriti kewangan
sesebuah institusi dan negara sentiasa utuh.
b) Mempunyai monpoli dalam bidang profesion dan perkhidmatan yang diberikan
- Mereka hendaklah mendapatkan lesen yang sah, sebelum menjadi pengamal dalam bidang
profesion tertentu dan dianggap menjadi kesalahan jenayah jika pengamal tidak mempunyai
lesen.
*Sebagai contoh:
i) Hanya pengamal perubatan berlesen boleh merawat pesakit.
ii) Ahli farmasi bertauliah boleh menentukan penggunaan ubat-ubat tertentu.
- Sifat monopoli sebeginilah telah menyebabkan professional telah menyalahgunakan kedudukan
dan keistimewaan bagi kepentingan tertentu dan seterusnya telah menimbulkan masalah etika.
c) Ahli profesional mendakwa mereka dapat mengawal tingkah laku sendiri kerana menjalani
latihan intelektual dan penilaian secukupnya sebelum menceburi bidang profesion masing -
masing
- Mereka pendapat sesetengah masyarakat kurang memahami dan apatah lagi dalam menilai
tingkah laku mereka.
4. Kepentingan dan faktor kajian etika profesional
- Berikut adalah isu etika dan tekanan yang sering dialami oleh kalangan profesional di mana
sering di alami oleh kalangan profesional di mana sering menjadi topik perbincangan dalam
kalangan masyarakat pada hari ini :-
a) Persekitaran global dan masyarakat
b) Industri
c) Undang-undang dan kerajaan
d) Keluarga
e) Klien (pelanggan)
- Berikut juga merupakan faktor-faktor di mana juga dikaitkan dengan perbuatan yang
yang tidak beretika pada hari ini.
a) Peningkatan bilangan profesional yang tidak beretika ini boleh berlaku sekaligus menyebabkan
bilangan kes salah laku di kalangan ahli professional meningkat.
b) Gaya kehidupan masyarakat moden yang terikat dengan teknologi yang berkembang pesat dan
sistem perundangan yang kompleks.
- Justeru, bukanlah sesuatu perkara mudah dalam menyelesaikan masalah etika dihadapi golongan
professional. Terdapat tiga faktor yang selalu dikatakan sebagai sebagai puncanya dibincangkan
di bawah:
a) Masalah kekaburan tentang pertimbangan etika atau prinsip yang perlu diaplikasi dalam
situasi tertentu.
* sebagai contoh: seorang jurutera yang baru bekerja 6 bulan telah menerima berupa hadiah
sebuah diari daripada jurujual yang ada kepentingan perniagaan di syarikat
tempat ia bekerja.
b) Alasan yang boleh menimbulkan konflik.
- Kebiasaanya ahli profesional dapat mengenalpasti prinsip etika yang diaplikasi
dalam satu situasi. Keadaan dan masalah ini dikenali sebagai 'dilema obligasi' (satu situasi
yang mempunyai dua atau lebih obligasi moral, tanggungjawab dan hak yang bertentangan
antara satu sama lain.
*sebagai contoh: Kita telah berjanji bertemu dengan seorang kawan lama yang telah
terpisah di sesuatu tempat. Berdasarkan situasi di atas, janji temu adalah
satu obligasi yang perlu dipenuhi atau dilaksanakan. Tiba - tiba, ayah kita
telah jatuh sakit dan kita perlu menjaganya di rumah kerana tiada orang lain
dapat menggantikan kita.
- Pendek kata, kita sedang menghadapi dilema, iaitu konflik antara tanggungjawab memenuhi
janji dengan obligasi menjaga ayah yang sedang sakit.
c) Penyelesaikan masalah etika professional yang dikaitkan dengan perbezaan individu dan
kumpulan, mengaplikasi dan menyimbangkan prinsip etika untuk menyeimbangkan prinsip
etika untuk sesuatu situasi.
5. Definisi etika professional:
- Suatu alat kawalan sosial terhadap golongan profesional yang membolehkan organisasi dan
masyarakat, mengawasi, menilai tingkah laku mereka dari semasa ke semasa.
6. Tiga isu utama yang dikaitkan dengan kajian etika professional:
a) Memberikan khidmat profesional yang sama tanpa diskriminasi berdasarkan bangsa, agama,
budaya, jantina, fahaman politik, dan kedudukan sosioekonomi.
b) Hubungan antara golongan profesional dengan pelanggannya. ( Masalah seperti mengambil
kesempatan akibat kebergantungan pelanggan, kerahsiaan maklumat, hubungan melampaui
batas dan lain-lain.
c) Kesan tingkah laku golongan professional terhadap pelanggan.
7. Justeru, etika professional telah menekankan perkara berikut:
a) Menjaga kepentingan individu, masyarakat dan alam sekitar.
b) Mengelakkan daripada berlakunya konflik anatara kepentingan diri dengan umum (masyarakat).
c) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk
kepentingan diri sendiri.
8. Beberapa langkah telah diambil dan dicadangkan untuk mengatasinya.
a) Mengenalpasti faktor etika yang relevan dan alasannya.
b) Mengumpul semua fakta berkaitan dengan faktor etika terlibat.
c) Menyusun segala pertimbangan etika berkaitan dengan faktor etika terlibat.
d) Menyediakan tindakan alternatif untuk menyelesaikan masalah dilema tersebut dan
mengenalpasti implikasi setiap tindakan itu.
e) Berbincang dengan rakan untuk mendapatkan cadangan dan alternatif tertentu.
f) Membuat keputusan secara berhati - hati dengan mengambil kira semua faktor etika
yang relevan dan faktor-faktor yang lain.
9. Berikut, terdapat enam perubahan yang ketara berbanding dengan amalan secara
tradisional :-
a) Pengamalan secara individu dan berasingan telah bermula ubah kepada pengenalan secara
kumpulan.
b) Penggunaan ilmu dari satu bidang displin dengan penggunaan ilmu daripada pelbagai disiplin.
c) Bentuk ganjaran telah berubah kepada secara berbayar (gaji) daripada perkhidmatan
secara percuma.
d) Pengamalan perniagaan bersendirian (melibatkan daya usaha menarik pelanggan dan
menjadikannya sebagai punca kehidupan) mula berkurangan.
e) Peluang untuk rakan - rakan membuat penilaian semakin bertambah.
f) Hubungan di antara profesional dengan klien secara kebersendirian semakin berkurangan.
- Kesemua enam perubahan ketara ini adalah berdasarkan daripada kebanyakan masalah etika yang
dihadapi oleh golongan profesional yang berpunca daripada kegagalan profesional berkenaan dalam
menyemak semula prinsip-prinsip etika yang diamalkan selama ini untuk disesuaikan dengan
perubahan masyarakat dan peranan pengamal profesion sendiri.
10. Kajian etika profesional tidak akan secara automatis telah menjadikan seseorang
profesional itu beretika atau membolehkan mereka mengetahui apa yang betul atau
sebaliknya.
11. Kajian etika professional juga bertujuan mewujudkan autonomi moral di kalangan
profesional.
- Autonomi moral ialah kebolehan dalam menggunakan pandangan moral yang sesuai berdasarkan
asas - asas nilai kemanusiaan.
- Ia dapat dilakukan dengan mempertingkatkan kebolehan dan perhatian terhadap sesuatu situasi.
- Selain itu, ia juga sangat penting terutamanya dalam situasi 'dilema moral' iaitu timbul dua atau
lebih obligasi, tanggungjawab dan hak yang bertentangan.
12. Kajian ini juga turut membantu membina sesebuah kemahiran tertentu yang boleh
membantu profesional untuk mengenal pasti dan mengikuti langkah-langkah tersebut di
atas dengan lebih yakin lagi.
Sumber rujukan :
Etika professional, Mohd. Janib Johari, Penerbit UTM, cetakan ke-12, 2015