Saturday, 11 February 2017

Kursus Intensif Sidang Akademik 2016/2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.h,

Hanya sekadar ilustrasi gambar yang menceritakan situasi sepanjang admin berada di tempat kejadian. Semoga menjadi panduan untuk adik - adik atau bakal mahasiswa yang berhasrat mengikuti
ijazah pertama (Program Pengajian Pendidikan Jarak Jauh), PPPJJ USM. Syukur alhamdulillah, tak dapat dapat gambar keadaan, seriously best! Walaupun sedih sedikit, sepatutnya tahun ni masuk tahun kedua, tapi kena belajar balik tahun pertama dan pergi sekejap (Maksudnya ada kelas yang tidak dapat pergi.) Pendek kata, mohon cuti "last minute". Sah2, cuti CKS atau cuti kursus sambilan, tak lulus. Jangan ikut admin. Kalau tak percaya...
1. Mohon dulu yea dekat pohon@USM. Beli No. Pin dekat BSN. Harga dia RM60.06. termasuk gst 6%.

2. Lalui semua proses permohonan dan semakan status permohonan.

3. Bila dah dapat "offer" daripada USM. Hmmm, barulah boleh rasa sendiri macam mana perjalanan
sebagai "student" jarak jauh berjalan. Kalau "comparing" dulu buat "full time" kan. =D. Baiklah, admin rasanya tidak perlu cerita panjang, cuma ingin berkongsi gambar sahaja bagaimana intensif berjalan. Sekali lagi, memang "best". Kesimpulannya, admin nak beritahu beberapa perkara sepanjang di intensif. Tidak banyak tapi mungkin bermakna dan penting. 

a) Kelas/kuliah - Kalau ada kuliah dalam hari itu, Dinasihatkan atau mohon pergi. Sebab apa yang admin belajar daripada senior yang dah "grad" dulu, penting. Salah satu perisian dia kebarangkalian atau biasanya pensyarah akan beri penerangan tentang apa topik yang akan keluar terutamanya samaada dalam ujian biasa (peperiksaan berterusan) (PB)ataupun sekaligus peperiksaan akhir terhdap subjek atau kursus yang diambil sepanjang sidang akademik berkenaan. 


                                                       KECUALI !!!!!!

b) Jadual "clash"/Amali - Kalau jadual "clash" atau bertindih. Misalnya dengan amali. Macam kos yang admin memang tidak dapat lari dengan amali. Dan bergantung pada sidang akademik terbabit. Kalau admin PJJ yang keluarkan pada tahu tersebut, tiada pertindihan, Alhamdulillah. jalani atau pergi sahaja ke kuliah seperti biasa!. Tapi, macam tahun ini ada pertindihan. Penyelesaiannya, kepada yang belum menjalani amali, utamakan amali, sebab laporan amali ada markah dalam skop 40% selain PB atau tugasan. Kelas kalau tak pergi, boleh bertanya dengan kawan-kawan sepengajian yang pergi, apa yang dibincangkan. Ataupun "directly" kalau tidak ada rasa segan silu, boleh tanya terus dengan pensyarah yang mengajar subjek tersebut. Bincang sebaik mungkin. Tanya dia baik -  baik. Apa yang berlaku sepanjang kuliah atau kelas terbeut berlaku? Apa topik yang dibincangkan atau dipelajari sepanjang kuliah berjalan?

c) Peperiksaan Berterusan (PB) - PB? Kenapa penting? Ya sememangnya sangat penting. Walaupun hanya menyumbang sedikit markah daripada skop 40%. Bergantung kepada kursus berkenaan (julat markah 10 - 20%) atau sesetengah kursus tidak ada (PB). Jangan pandang ringan atau sambil lewa. Study smart, cuba buat sehabis terbaik mungkin. Sekurang-kurangnya adalah markah untuk PB, Jangan tak datang ambil langsung, Penting!. Ingat, bak kata pepatah, "Gagal sekali bukan gagal untuk selamanya."

d) Haa. Dalam waktu intensif ni. Belajar tetap belajar, sementara masa terluang, kalau ada masa terluang atau lapang pergilah jalan - jalan sekitar Pulau Pinang, hehe. Bukan apa sekadar melepaskan tekanan belajar dan jadual padat. Eh, bukan itu sahaja yea, secara tak langsung, sepanjang lima tahun, kita boleh kenal suasana persekitaran kehidupan mereka yang tinggal atau ber"mastautin"" tetap di kawasan tersebut. Betul kan.. Bak kata satu frasa atau peribahasa " Jauh perjalanan, luas pengalaman"
atau " Jauh perjalanan, luas pemandangan". Selagi ada masa yang ada, manfaatkan sebaik mungkin.

Semoga dimanfaatkan tips dan perkongsian yang baik ini bersama. Buat kawan - kawan seperjuangan, semoga ukhwah terus berkekalan. Aja2 fighting gitu, haha, baru persahabatan lebih makna. Tak gaduh, tak sah. Kikiki. Jumpa lagi intensif pada tahun hadapan. Semoga berjaya, untuk peperiksaan akhir (final exam) akan datang. 


Bye!, Wassalam. =D ;)

#Mohon maaf kepada kawan - kawan , mengambil gambar daripada sumber WhatsAPP, mohon izin.

Mohd Farhan
Perindu Intensif

Ahad, 12 Februari 2017
15 Jamadilawal 1438H
2.21 petang.
Lanchang, Temerloh, Pahang