Terimbau kini sudah setahun berkhidmat selaku pegawai kerajaan
dalam sektor bidang sains bagi kategori staf sokongan di sebuah makmal sekolah
menengah di negeri yang tercinta, Pahang Darul Makmur.
Walaupun setahun, tapi kira banyak jugalah, pengalaman atau getir
yang saya rasa tatkala manis, pahit, bahagia, derita, gelak ketawa, ataupun
menangis. Dalam erti kata lain, semuanya rasa sendiri.
Maklumlah, mungkin memang tak dinafikan, secara realitinya, saya
memang tak ramai kawan, daripada zaman kecil, sekolah rendah, sekolah menengah
sampailah ke alam universiti, dan tempat kerja sekarang, mungkin juga sikap
saya yang pelik dan secara jujurnya ingin sesuatu lain dari yang lain
berbanding orang lain.
Maksudnya dekat sini, aku ambil contoh "throwback" semula
waktu zaman sekolah menengah. Waktu tu kalau saya tak silap time nak dekat
ambil SPM tahun 2010, pada masa tu geng - geng tingkatan 5, sekolah aku, SMK
Peramu Jaya, dibawa keluar ke seminar SPM, 2 Hari 1 Malam dekat Sempurna
Resort, Kuantan. Dalam seminar tu, ada satu slot yang aku cuba nak
"share" atau nak "highlight"kan yang mana, cikgu
kaunseling, Cikgu Jamiuddin, (sekarang dah pindah, kalau tak silap SK Bandar
Dua Paloh Hinai rasanya. Tak berapa rapat sangatlah.) memberi ceramah
kerjaya @ masuk Universiti. Dia menggalakkan aku dengan geng - geng lain
apply UiTM sebab yuran murah, (keutamaan bumiputra) . So, based on daripada
peristiwa lampau tu, saya dah set up mind saya,
"FL, saya rasa baik awak buat something @ apply yang
different daripada orang lain"
Truly, for the next year, 2011. I already broke up the record as
well for my old school. My UPU admission was approved, and I had received the
offered letter from UPSI to further my Diploma studies. So, again. What I want
to highlight for these situation is I'm the first leave SPM candidate from my
old school that study at UPSI, Besides some other candidate, most of them are
preferred UiTM as the best choice place to continue their studies. This is the
beginner my success in my life.
Berbalik kepada karier saya sekarang. Macam saya katakan pada
pembuka bicara saya, ada gelak ketawa, menangis, bahagia, ataupun derita.
Semuanya boleh katakan saya rasa sendiri. Tak babitkan orang lain. (Kawan
rapat). Kalau ada kawan rapat pun actually tak lama, lepas tu masing - masing
buat haluan sendiri even from university especially.
Now, when I’m sharing about my career starting from “lapor diri”
until today at my posting place.
Dari segi kerja, jujur saya katakan memang saya boleh
dikategorikan kurang mahir. Walaupun, saya mengaku dari segi teori, saya boleh
memahami atau mengingati sesuatu perkara yang saya pelajari seperti situasi
saya belajar sama ada di sekolah ataupun di universiti.
In fact, lebih mungkin membimbangkan tetapi masih boleh dikawal
when sikap buruk saya seperti cuai dan sambil lewa atau sesuka hati (pandangan
orang lain yang mengenali saya sama ada kawan - kawan sekerja, ataupun yang
pernah kenal saya termasuk darah daging saya), mungkin.. Itu hanya pandangan
mereka. Tetapi kalau yang first tu, yes..! Saya memang kadang - kadang cuai..
Tak tutup tingkap, terlupa kunci makmal, yew.. menakutkan.. Kalau jadi apa -
apa, hmmm. Fikirkan je la sendiri. Sebab semuanya punca sikap buruk saya tu.
Terlalu rendah diri, salah satu kelemahan saya, Kalau rendah diri
bertempat tak apa, tapi kalau tak bertempat mulalah “set mind” bukan - bukan
dalam minda saya.
mula further bersikap panik, tak boleh buat benda tu, tak boleh
bersuara atau bagi pendapat sebab takut tolak mentah - mentah, tambah - tambah,
panik bila lebih gemar buat kerja last - minute..
Tapi kalau hasil last - minute punya kerja tu berbaloi,
Alhamdulillah, even penat tapi berbaloi. Sebab kualiti tu mungkin ada sedikit.
Alhamdulillah jugak, sikap buruk yang ada pada saya semakin hilang secara
sedikit dan tidak drastik dalam profesion saya sekarang.
Pengajaran yang peroleh daripada cerita yang saya nak share,
¨ Sebenarnya janganlah
terlalu rendah diri sampai bawah lantai (Kita sebagai khalifah di muka bumi Allah
ni masing - masing ada potensi dan hati. Jangan biarkan hati kuasai kita.
Tambah - tambah buat perkara ke arah keji dan mungkar. Kenali potensi kita.)
¨ Pastikan langkah
kerja kita biar lambat tapi cermat ( untuk hasilkan kerja yang kualiti. “looking
boring but will produce a good work product”.)
¨ Kalau dah ada
matlamat, usahakan atau berjuang bersungguh - sungguh. Sebab kalau kita usaha
tapi tak ada matlamat, kita kalah. Kalau kita ada matlamat, tapi tak ada usaha,
malas.
Sebahagian gerak kerja dan suasana di tempat kerja.
Enjoice! Good luck for your life, FL!
Farhan Latif
Ahli celik pandai pelik