Tuesday, 31 May 2016

"Berpahit - pahit dahulu supaya manis kemudian"

"Berpahit - pahit dahulu supaya manis kemudian", begitulah bidalan yang boleh diumpamakan dalam
kehidupan manusia seharian untuk mencapai kejayaan atau hajat mereka ingini. Sama seperti kehidupan saya. Kalau nak berjaya dalam mencapai sesuatu diingini mestilah ada matlamat dan impian. Atau dari sudut erti kata lain, dalam sesebuah kehidupan mesti ada pasang surut, sesekali jatuh, sekali bangun. Kesimpulannya, yang boleh saya katakan di sini adalah, kalau nak berjaya, tak ada apa yang mudah atau dengan sekelip mata jer, boleh peroleh.. Apapun mesti, ada dugaan, ujian, musibah yang mungkin tak menduga, sama ada berpunca dari diri sendiri ataupun hanya Allah sahaja yang merancang semuanya, baik kecil ataupun besar.

Dalam peribahasa ini juga, ada satu buku yang saya ingin kongsikan dalam blog saya ini (sedang membaca)..

"SAIFUL NANG : Kisah orang menang, menulis bukan untuk nama, menulis untuk menyampai pemikiran yang mungkin tak sama."


                                         


Walaupun saya belum menghabiskan buku ini, saya telah peroleh beberapa pengajaran di samping betapa uniknya buku ini.

Saiful Nang a.k.a #SN merupakan seorang jutawan jurufoto profesional yang mana juga seorang manusia biasa yang tidak lokek mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan untuk berjaya dalam kariernya memandangkan beliau juga berlatarbelakangkan keluarga yang kurang senang selain ayahnya merupakan seorang peneroka Felda.

Antara petikan menarik yang menyuntik semangat saya sekaligus sebagai perkongsian dalam blog ini untuk mencapai matlamat diingini ialah:


1. "Apabila anda telah berjaya, anda boleh mendiamkan diri dan menikmati kejayaan itu sendiri dan orang memanggil anda sebagai seorang berprofil rendah a.k.a "low profile". Hakikatnya, anda hanyalah membantu diri sendiri sahaja. Di samping itu, dalam situasi yang lain ada orang yang berjaya, lantas terus berkongsi cerita kejayaan beliau dan beliau dipanggil BERLAGAK. Sebenarnya, orang ini telah memberi inspirasi kepada ratusan orang lain untuk berjaya juga melalui cerita
mereka. "



Apa yang boleh saya merumuskan petikan di atas ialah apabila kita telah mencapai sesebuah kejayaan, ialah tidak salah kalau kita ingin mendiamkan diri sekaligus menikmatinya dengan berada di tempat dan waktu yang betul. Begitu juga, apabila kita tidak dapat menyembunyikan kejayaan yang diperoleh, kita boleh berkongsi kejayaan itu dengan orang lain dengan cara yang baik dan berhemah supaya tidak menimbulkan sebarang tanggapan yang buruk daripada orang itu. Bahkan, mungkin boleh memberikan inspirasi mereka untuk berjaya.

2. "Tidak kolot kalau kita kata, kata orang timur, kita orang malaysia. Dan kita orang islam.
      Tidak kolot juga kalau kita tak punk, tak hiphop, tak kenal Beyonce, Tak pakai bikini dan tak      
      clubbing (sambil mendengar lagu Tan Sri SM Salim)."


                             

Dalam petikan ini, di sebalik kita mengejar dan menggapai sebuah kejayaan hidup, kita janganlah lupa dengan asal asul budaya kita a.k.a budaya timur yang telah diwarisi turun - temurun oleh nenek moyang kita dahulu sekaligus tidak terpedaya dengan budaya kuning atau barat. Hal ini kerana, mereka telah penat lelah memperjuangkan budaya timur daripada dicemari oleh budaya kuning yang dibawa oleh pihak penjajah seperti British.

Pegang kepada prinsip "Anda adalah diri anda". @ "Beware, your heart are leads you"..  =)


3. " Ada cita tiada usaha ITULAH MALAS. Ada usaha tiada cita ITULAH TEWAS. Ada cita dan ada
usaha BARULAH WARAS. "

Berdasarkan daripada petikan di atas, amat benarlah dan tak dapat sangkal lagi apa yang #SN katakan, sifat malas akan wujud, apabila kita ada cita - cita atau matlamat hidup tetapi usaha atau strategi yang dilaksanakan. Namun begitu, kita akan tewas, jika kita sekadar berusaha sahaja, tetapi tiada matlamat hidup atau cita - cita. Justeru, untuk menjadi seorang insan yang berfikiran waras sekaligus ingin menjadi seorang berwawasan atau ingin tergolong dalam kumpulan bijak pandai, kita mestilah rajin berusaha, serta mempunyai matlamat hidup sekaligus ganjaran besar atau sebuah kejayaan menanti kita.


                                           
                     

Oleh itu, apa yang boleh saya aplikasikan sebahagian cerita ini dalam kehidupan saya sekaligus merupakan rumus ialah sebenarnya tiada perkara yang mudah untuk mencapai kejayaan. Suka, duka, ketawa, menangis adalah asam garam dalam menempuh sesebuah cabaran mahupun dugaan yang bakal menyusur.

Justeru, berbalik tentang pengajian Ijazah pertama saya secara separa masa di USM, Sebenarnya, saya telah menangguhkan pengajian saya buat seketika waktu disebabkan beberapa masalah iaitu masalah karier saya. Hal ini kerana, memandangkan saya baru 1 tahun berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, saya tidak digalakkan oleh majikan saya untuk menyambung pengajian berkenaan memandangkan saya belum disahkan dalam perkhidmatan. Walaupun hati saya sedih, kerana tidak dapat meneruskan perjuangan bersama rakan2 lain yg kini sedang menjalani peperiksaan akhir, dan berkonvo bersama2 kelak, namun saya redha dan berpegang mungkin ini ada hikmah di sebalik kehidupan saya untuk mencapai matlamat yang saya inginkan selain di atas kesilapan atau tindakan saya mungkin terburu -buru dalam mencapai matlamat yang diingini.

Akhir kalam, saya ingin memohon sekalung doa khususnya daripada ibu bapa saya, saudara kandung saya, serta saudara dan saudari agar saya dapat disahkan dalam perkhidmatan sekaligus dapat menyambung pengajian saya dan bertemu kembali dengan rakan seperjuangan ketika orientasi dulu.

Saya juga turut mendoakan saudara dan saudari serta rakan - rakan seperjuangan saya jaga kesihatan dengan baik serta dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan akhir di mana kini sedang berlangsung.

Diharapkan juga semoga sebahagian cerita dari buku berkenaan memberi suntikan inspirasi baik dari diri saya serta saudara dan saudari.

Salam tinta penulis untuk kali ini,

Jazakallah,

Wassalam.. =)